Hari
Wartawan Nasional (HAWANA) yang disambut April ini akan mengukir sejarah
sebagai yang pertama dalam sejarah kewartawanan negara.
Kemuncak
sambutan adalah mendapatkan pengiktarafan (endorsement) daripada para wartawan
yang hadir agar acara itu diadakan setiap tahun pada 29 Mei mulai tahun depan.
HAWANA
dijadualkan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di ibu negara
pada 11 atau 18 April ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sebagai tetamu kehormat.
Anugerah
Tokoh HAWANA kepada individu yang berjasa dalam bidang kewartawanan negara akan
disampaikan pada malam tersebut.
Pengurus
Besar Datuk Zulkefli Salleh mempengerusikan mesyuarat penyelarasan HAWANA di
Wisma Bernama hari ini.
No comments:
Post a Comment