Perkhidmatan
Berita Antarabangsa (PBA) menyambut tahun baharu 2018 dengan azam untuk lebih
cemerlang.
Dalam
pertemuan pembuka tirai 2018 hari ini, para petugas dimaklumkan mengenai
keputusan Retreat Pengurusan Bernama terutama yang berkaitan dengan PBA.
Retreat
itu bersetuju agar langkah-langkah diambil untuk memperkembang Meja
Antarabangsa mulai tahun ini selaras cadangan mengeluarkan berita antarabangsa round-the-clock serta gesaan Pengurus
Besar agar pemasaran produk Bernama meninjau potensi luar negara.
Perkara
ini mendapat sambutan positif para petugas PBA yang turut mengandungi Meja
Bahasa Arab.
Ia
akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada sesi sumbang saran PBA minggu depan.
Retreat
Pengurusan Bernama pada 14 dan 15 Disember itu merumuskan 12 perkara dalam
memacu hala tuju menghadapi cabaran serta memantapkan penjenamaan Bernama.
Dalam
pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bernama pada mesyuaratnya
November lepas, membuat keputusan meletakkan NAM News Network (NNN) dalam Jabatan Pengarang
di bawah PBA.
NNN
akan dikenali sebagai Meja “NAM News Network – PBA”.
Mesyuarat
itu bersetuju agar Meja NNN dikendalikan oleh PBA apabila PBA mempunyai tenaga
kerja yang cukup pada masa hadapan.
Kos
operasi NNN kini ditanggung sepenuhnya
oleh Bernama tanpa geran sumbangan daripada kerajaan.
Jawatankuasa
Pengurusan bersetuju agar NNN, yang akan beroperasi di Tingkat 15, menjadi Bernama International Portal yang akan
dijalankan oleh petugas Bernama.
No comments:
Post a Comment