Friday, 22 December 2017

Semuanya Tentang Anda...

Bernama Radio akan mula menggunakan tagline ‘Semuanya Tentang Anda’ sebagai komitmennya kepada para pendengar.
Tagline itu merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris ‘All About You’ yang dipilih semasa Retreat Pengurusan Bernama di Felda Sungai Klah, Jumaat lepas.
Ia menjadi manifestasi bahawa apa jua yang dilakukan oleh Bernama adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Mesyuarat itu juga memilih tagline “Get It Right” atau “Pastikan Benar”.
Dalam industri media yang kini berdepan dengan gejala berita dan maklumat palsu, keperluan bagi masyarakat mendapat berita yang benar amatlah penting.
Bernama, sebagai pembekal berita, pula perlu mempastikan maklumat yang disalurkan adalah benar selain daripada komitmen untuk mengeluarkan berita dengan pantas.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan semalam memperakukan penggunaan kedua-dua tagline ini.
‘Semuanya Tentang Anda’ untuk Bernama Radio dan mungkin juga untuk Bernama News Channel (BNC) manakala ‘Get It Right’ atau ‘Pastikan Benar’ untuk perkhidmatan editorial – teks dan foto.
Bernama Radio kini menggunakan tagline ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.  
Pentingnya tagline untuk meningkatkan penjenamaan Bernama ditekankan oleh Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh pada retreat tersebut.
Beliau memberi contoh tagline “Now Everyone Can Fly” yang digunakan oleh Air Asia serta “Just Do It” oleh Nike sebagai slogan yang ‘catchy’ untuk mencerminkan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka serta mendekatkan diri dengan pengguna.
Banyak cadangan dikemukakan mengenai tagline atau slogan oleh para peserta pada retreat itu.
Kesemua tagline cadangan itu dipaparkan di skrin, diperhalusi satu persatu sehinggalah pemilihan dibuat secara undian.

No comments:

Post a Comment