Zaki, yang muncul juara,
berkata beliau tidak menjangka kemenangannya itu kerana idea untuk klip pertandingan tersebut
timbul di saat akhir.
“First time saya dapat tahu,
tarikh tutup pertandingan dah hampir tamat,” katanya.
“Semasa balik kampung, saya
dapat ilham dan buat penggambaran di belakang rumah sehinggakan bapa saya
bertanya: kau buat apa ni?”
Katanya, beliau pergi ke
Bukit Kepong, yang tidak jauh dari kampungnya, untuk menggunakan kereta perisai
bagi menambah impak dalam klip videonya
Ketua Pengarang Datuk Zulkefli
Salleh, selaku ketua juri, berkata ada penyertaan yang kreatif namun tidak
dapat diterjemahkan dengan baik.
“Niat tu ada tetapi mungkin
disebabkan keterbatasan seperti kamera, ia tidak dapat diterjemahkan,” katanya.
Ada beberapa video yang
kreatif menyebabkan sengit bagi juri memilih pemenang.
“Selaku pengerusi juri,
yakinlah juri telah membuat pemilihan seadil-adilnya.
“Terimalah keputusan dengan
hati terbuka kerana tujuan pertandingan ialah untuk bersama-sama merayakan kemerdekaan
negara dan menggalakkan warga Bernama untuk berkreatif,” katanya.
Beliau mencadangkan kepada para
pemenang agar memuatkan entri kemenangan mereka dalam Youtube.
“Kita nak tengok sama ada ia
boleh viral atau tidak,” katanya.
Sebanyak
18 penyertaan diterima yang diadili berdasarkan suara, kreativiti, penghayatan
lagu dan latar belakang persembahan.Hadiah-hadiah kepada tiga pemenang utama dan lima saguhati disampaikan oleh Datuk Zulkefli.
No comments:
Post a Comment