Saturday 6 January 2018

Ibarat kacang lupakan kulit….

Seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat milik kerajaan dikatakan memperkecilkan kepentingan Bernama untuk membuat liputan mengenai entiti itu.
Dengan sombong, beliau menyatakan kehadiran Bernama dalam acara syarikat itu kurang penting berbanding kedatangan wartawan dari akhbar-akhbar.
Sikap itu dianggap mengewakan kerana beliau merupakan bekas petugas Bernama dan baharu mengetuai bahagian yang berurusan dengan media di syarikat itu.
Perkara itu mendapat perhatian apabila ia ditimbulkan dalam WhatsApp pagi ini.
Ada yang mempersoalkan tindakan eksekutif berkenaan dengan menyatakan “Mungkin beliau diterima memegang jawatan itu kerana pengalamannya di Bernama”.
“Beliau hanya sebutir kacang. Sampai masanya busuklah ia,” katanya.

No comments:

Post a Comment