Wednesday 3 January 2018

Azam untuk lebih cemerlang...

Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) menyambut tahun baharu 2018 dengan azam untuk lebih cemerlang.
Dalam pertemuan pembuka tirai 2018 hari ini, para petugas dimaklumkan mengenai keputusan Retreat Pengurusan Bernama terutama yang berkaitan dengan PBA.  
Retreat itu bersetuju agar langkah-langkah diambil untuk memperkembang Meja Antarabangsa mulai tahun ini selaras cadangan mengeluarkan berita antarabangsa round-the-clock serta gesaan Pengurus Besar agar pemasaran produk Bernama meninjau potensi luar negara.
Perkara ini mendapat sambutan positif para petugas PBA yang turut mengandungi Meja Bahasa Arab.  
Ia akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada sesi sumbang saran PBA minggu depan.
Retreat Pengurusan Bernama pada 14 dan 15 Disember itu merumuskan 12 perkara dalam memacu hala tuju menghadapi cabaran serta memantapkan penjenamaan Bernama.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bernama pada mesyuaratnya November lepas, membuat keputusan meletakkan NAM News Network (NNN) dalam Jabatan Pengarang di bawah PBA.
NNN akan dikenali sebagai Meja “NAM News Network – PBA”.
Mesyuarat itu bersetuju agar Meja NNN dikendalikan oleh PBA apabila PBA mempunyai tenaga kerja yang cukup pada masa hadapan.
Kos operasi NNN kini ditanggung sepenuhnya oleh Bernama tanpa geran sumbangan daripada kerajaan.
Jawatankuasa Pengurusan bersetuju agar NNN, yang akan beroperasi di Tingkat 15, menjadi Bernama International Portal yang akan dijalankan oleh petugas Bernama. 

No comments:

Post a Comment