Thursday 26 March 2015

Tiga puluh satu petugas Bernama terima Anugerah Khidmat Cemerlang


FotoBERNAMA

Seramai 31 petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan anugerah itu berupa sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium, kepada petugas cemerlang berkenaan selain penerima daripada tujuh lagi jabatan dan agensi di bawah KKMM di Auditorium, Angkasapuri hari ini..
Warga kerja Bernama yang menerima anugerah itu ialah dua Pegawai Berita Unit Bernama.com Bashariah Zainuddin dan Lizawati Bahanan, Pegawai Berita Biro Langkawi Hamdan Ismail, Pegawai Berita Biro Sarawak Rudy Rukimin Rambli, Pegawai Berita Biro Pahang Siti Salwa Sha'ari.
Penerima lain ialah Ketua Biro Melaka Fadzli Ramli, dua Pegawai Berita Biro Pulau Pinang Balkhis Awang@Ahamad dan Nur Adila Abdul Wahab, Pegawai Berita Biro Selangor Nurqalbi Mohd Reda, Pegawai Berita Biro Putrajaya Norsyafawati Ab Wahab dan Pegawai Berita Meja Rencana Sakini Mohd Said.
Ahmad Shabery dalam ucapannya berkata cabaran dan tugas utama warga KKMM adalah memberi kefahaman tentang isu-isu yang menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Menurut Ahmad Shabery, isu seperti 1Malaysia Development Berhad, kadar hutang negara dan Cukai Barang dan Perkhidmatan menjadi perhatian rakyat kerana mereka keliru.
"Perkara ini yang perlu diambil perhatian supaya penerangan tentang situasi sebenar (diberi secara) jelas kepada semua," katanya.
FotoBERNAMA
Turut menerima anugerah ialah Pegawai Berita Meja Bahasa Mandarin Wong Cheng Hau, Wartawan Meja Berita Jenayah Nur Natasha Aida Ismail, Jurugambar Mohamad Huzaini Md Daud, Jurugambar Mohd Hafizie Mahamad Shabudin, Jurugambar Nur Ain Shafinaz Talib, Jurugambar Shafiqah Fadzil dan Jurugambar Zulkarnain Kamarudin.
Yang lain ialah Pegawai Tadbir Mohd Nadzli Zainal Abidin, Penolong Akauntan Sharil Nizam Mohd Sharif, Pembantu Akauntan Abas Othman, Penjaga Jentera Elektrik Kamalfikri Makrom, Penjaga Jeneral Elektrik Mohd Suffian Juraimi, Pembantu Tadbir Mohd Tadzman Utuh Tang, Pembantu Tadbir Nooru Ermizan Coree, Pembantu Tadbir Nooryuhaida Yusof, Pembantu Tadbir Norazura Daud, Pembantu Tadbir Dyg Siti Normah Abg Bolhassan, Pengawal Keselamatan Amral Ibrahim dan Pegawai Keselamatan Mohd Nur Hadith Zaini.
Ketika ditemu bual, Nur Adila berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh anugerah itu dan akan menjadikan pengiktirafan berkenaan sebagai pemangkin untuk lebih berjaya pada masa depan.
Sakini pula berkata beliau mendedikasikan anugerah itu kepada ibunya, Rabaeyah Mohd Said yang kini mengalami masalah kesihatan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zaharah Syed Ahmad, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKMM.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment