Sunday 8 March 2015

Setahun berlalu...



"Hari ini ulang tahun kehilangan MH370 sejak 8 Mac 2014.
Di samping mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa, hari ini juga mengingatkan saya kepada cabaran yang dihadapi pada hari itu.
Sehari sebelum tu, masuk bertugas petang dan selesai lewat tengah malam. Sampai di rumah, dapat telefon dari pejabat bahawa sebuah pesawat MAS hilang dalam perjalanan ke Beijing dan diminta datang seawal mungkin ke pejabat.
Seperti diduga, berita masuk bertali arus. Bagaimanapun, cabaran paling besar ialah menterjemah istilah teknikal dan penerbangan yang amat jarang ditemui.
Sudahlah demikian, teks perlu disiapkan dengan cepat dan tepat sedapat mungkin. Sungguh menyeksakan. Apa boleh buat, redah saja la dari pagi sampai ke malam. Bagaimanapun, ia suatu pengalaman dan latihan yang sangat berharga dan menjadi kenangan sepanjang hayat."

Shamsudin Puteh

 Nota: Rakaman perasaan saudara Shamsudin mengenai peristiwa itu dimuatkan dalam sebuah antologi khas berjodol "Segugus Pasrah Buatmu MH370". Antologi itu dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno tahun lepas. Sajak saudara Shamsudin bertajuk 'Di Sebalik Misteri'

No comments:

Post a Comment