Monday 23 April 2018

Pengerusi adakan pertemuan dengan pencuci pejabat...



Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang mengadakan pertemuan ‘’hi-tea’’ dengan para pencuci pejabat di Wisma Bernama petang ini.
Selain meraikan mereka, majlis itu bertujuan membolehkan beliau mengenali lebih rapat dan bertukar pandangan dengan mereka.
Datuk Seri Azman mengucapkan terima kasih kepada para pencuci yang berjumlah 17 orang kerana khidmat mereka membersih ruang pejabat Bernama.
Turut hadir Pengurus Bahagian Harta Puan Hasni Farlina Abd Hasim, Pegawai Tadbir Shahrul Azim Rambli, penyelia bangunan Encik Mohd Noor dari Bahagian Harta serta Encik Shah Iswandy, penyelia syarikat berkenaan Ellyman Resources.



.

No comments:

Post a Comment