Monday 9 February 2015

MAMPU Tandatangani Piagam Khidmat Perundingan ICT Bersama KKMM


Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri hari ini menandatangani Piagam Projek Khidmat Perundingan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Piagam berkenaan melibatkan Khidmat Perundingan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) untuk KKMM, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Projek Khidmat Perundingan Pembangunan Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) bagi Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Sesi tandatangan dilaksanakan oleh Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim Seman, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pengarah RTM Datuk Abu Bakar Ab Rahim dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Mikhail Raj Abdullah mewakili Bernama di KKMM, Putrajaya.
Dalam satu kenyataan pada majlis itu, KKMM berkata MAMPU akan memberikan khidmat perundingan dalam aspek pembangunan sistem dan teknikal ICT selain berperanan membantu JPDP dalam penyediaan Business Requirement Specification dan Functional Requirement Specification bagi SPDP.
"Khidmat perundingan ICT diberikan MAMPU juga bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dalaman di samping mengurangkan kebergantungan kepada pembekal melalui pembangunan sistem secara dalaman.
"Ini secara tidak langsung menyumbang kepada penjimatan kos kerajaan," katanya.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment