Friday 17 October 2014

Pejabat Bernama Biro Pahang dipecah masuk


FotoBERNAMA
Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Pahang di Jalan Berserah, Kuantan dipecah masuk Khamis tadi.
Pemeriksaan awal mendapati wang panjar pejabat lebih RM1,000 dan server kamera litar tertutup hilang dalam kejadian itu, kata pembantu tadbir Zafri Razali, 32.
Katanya apabila tiba untuk bekerja 8 pagi ini, beliau merasa curiga apabila keadaan di tangga menuju ke tingkat satu pejabat dalam keadaan gelap.
"Sebaik tiba, saya terkejut apabila mendapati kaca bertaburan di lantai dengan pintu pejabat terbuka," katanya.
Zafri berkata pejabat didapati berada dalam keadaan berselerak dengan kesemua laci meja petugas termasuk bilik Ketua Biro Bernama Pahang Noor Shamsiah Mohamad digeledah.
Beliau kemudian menghubungi ketua biro dan kakitangan lain, bagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya penjenayah turut melarikan server CCTV dan memutuskan semua bekalan elektrik dipercayai untuk mengelak perbuatan itu dikesan.
Satu laporan polis kemudian dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira 9.30 pagi tadi.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment