Penulis-penulis
khusus bagi pelbagai bidang akan diperkenalkan dalam usaha transformasi
Jabatan Pengarang untuk menghasilkan berita-berita yang lebih menarik.
Keperluan
ini wajar agar berita-berita Bernama mendapat tempat untuk digunakan
dengan lebih meluas oleh para pelanggan.
Penulisan
khusus ini turut meliputi penjenamaan semula Meja Jenayah dengan mengambilkira perkembangan dan pembaharuan
agensi-agensi keselamatan dalam negeri.
Ketua Pengarang Datuk
Zakaria Abdul Wahab membayangkan langkah itu pada Mesyuarat Penyalarasan Mingguan Bernama pagi ini, yang pertama
kali dipengerusikannya dalam jawatan baharunya itu, sejak diumumkan Selasa lepas.
Timbalan
Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Encik Ahmad Zukiman Zain serta
Encik Mokhtar Hussain dan Encik Mikhail Raj Abdullah, yang masing-masing
turut diumumkan sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita
Dalam Negeri dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi
hadir pada mesyuarat itu.
Datuk
Zakaria berkata antara bidang yang akan mempunyai penulis khusus termasuk
kesihatan, perundangan, kebudayaan, teknologi maklumat dan kesenian.
Beliau
juga berhasrat membentuk pasukan diplomatik daripada kalangan petugas
baru untuk mendedahkan mereka kepada acara
berbentuk antarabangsa seperti persidangan dan lawatan pemimpin asing.
Selasa
lepas, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran memaklumkan mengenai pelantikan
Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh sebagai Pengurus Besar manakala tempatnya
diambilalih oleh Datuk Zakaria serta pelantikan Encik Mokhtar dan Encik Mikhail
berkuatkuasa pada hari berkenaan.
No comments:
Post a Comment