Kementerian
Komunikasi dan Multimedia akan memutuskan penyelesaian terbaik bagi stesen
berita 24 jam, Bernama TV, dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan
dengan semua pihak terlibat.
Menteri
berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pendekatan baharu termasuk
penstrukturan semula antara yang dianggap perlu dilakukan untuk menyelamatkan
stesen berita yang dikendalikan syarikat swasta itu.
"...
dahulu Astro membeli content (kandungan) (Bernama TV), tetapi Astro sudah tidak
membeli content kerana Astro sudah ada (saluran berita) Awaninya dan mempunyai
sistem tersendiri.
"Apakah
Bernama TV boleh hidup tanpa ada pihak lain membeli contentnya, itu yang kita
kena fikirkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Ahmad
Shabery berkata antara perkara yang akan diteliti termasuk penggunaan empat
bahasa oleh stesen berita itu.
"Saya
kena dengar pandangan profesional dalam soal ini, mana ada negara dalam dunia
ini yang mempunyai satu saluran berita yang pelbagai bahasa, sebab saluran
berita kena ada kesinambungan.
"Misalnya
(berita) gempa bumi, bila berita dalam bahasa Tamil, tak ramai orang akan
tunggu, penonton lari (tukar siaran) dan takkan datang balik," katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen.
"Tak
boleh kita nak paksa kalau tidak rela untuk menuju ke arah itu. Tetapi kalau
dia (Bernama TV) nak kekal dengan model yang ada sekarang, kalau rugi lagi,
tidak ada penonton dan sebagainya, dia kena tanggunglah," katanya.
Permasalahan
yang dihadapi Bernama TV menyebabkan stesen berita itu tidak dapat membayar
gaji pekerjanya. Kali terakhir kakitangan Bernama TV mendapat gaji ialah pada
20 Okt lepas.
Bernama,
sebuah badan berkanun, hanya mempunyai pegangan minoriti 33 peratus dalam
Bernama TV dan menanggung gaji pekerja syarikat swasta itu sehinggalah ia tidak
mampu lagi melakukannya bulan lepas.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment