Thursday 27 March 2014

Sakini Juarai Pertandingan Kewartawanan Pemudah 2013 …


Wartawan Bernama Sakini Mohd Said dinobatkan juara kategori Bahasa Malaysia Pertandingan Kewartawanan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) 2013.
Membawa pulang wang tunai RM3,000, wartawan Meja Rencana, Pertubuhan Berita Nasional itu menarik perhatian para juri melalui artikel beliau bertajuk, 'DBKL Komited Atasi Kesesakan Lalu Lintas di Pusat Bandar'.
"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kemenangan ini, memang tidak saya jangkakan," katanya.
Sakini berkata kemenangan itu memberi motivasi kepadanya untuk terus menghasilkan penulisan yang berkualiti dan bermanfaat kepada masyarakat.
Pertandingan itu dianjurkan oleh Pemudah dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Ali berkata media mempunyai peranan penting dalam bergabung tenaga dengan Pemudah untuk bekerjasama dengan satu kefahaman bagi menggerakkan agenda pembangunan Malaysia ke hadapan.
"Orang ramai perlu diberitahu mengenai pelbagai usaha pembaikan dan pembaharuan yang dilaksanakan.
"Media mempunyai peranan penting bergabung tenaga dengan Pemudah untuk bekerjasama dan berkongsi tujuan dalam memacu agenda pembangunan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment