Saturday 29 March 2014

Koperasi Untuk Manfaat Kakitangan...



Bernama akan menubuhkan sebuah koperasi dalam usaha menjana ekonomi para petugasnya.
Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh berkata pihak pengurusan bersetuju dengan penubuhan  koperasi demi manfaat kakitangan Bernama.
"Ini juga merupakan wadah untuk mengeratkan kerjasama antara kakitangan kerana koperasi mengandungi pelbagai unsur positif seperti kerja berpasukan, amanah, berdisiplin dan berdedikasi," katanya selepas Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Bernama Berhad (dalam penubuhan) di Wisma Bernama hari ini.
Beliau berkata hasrat menubuhkan koperasi sudah lama dirancang namun pada tahun ini, usaha ke arah penubuhannya dapat dilakukan.
Turut hadir Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan Mohd Rizam Zuligifliauni.
Dalam mesyuarat itu, 12 Ahli Lembaga Penaja Koperasi dilantik, terdiri daripada Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Zakaria Abdul Wahab, Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan Syed Khedher Ismail, Timbalan Ketua Pengarang Bernama TV Mokhtar Hussain dan Pengarang Urusan Bernama Radio 24 Mohamad Letfee Ahmad.
Turut dilantik Timbalan Pengarang PBDN Ahmad Fuad Yahya, Timbalan Ketua Unit Foto Zid Omar, Penolong Pegawai Perpustakaan Bernama TV Mad Halid Sharif, Pengurus QMS Khairul Annuar Abdul Majid, Pengurus Kanan Teknikal Abdul Halim Hafiz, Pengurus Perhubungan Korporat Zarina Rozali serta Pembantu Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan Siti Kadtijah Hamid.
Sementara itu, Mohd Rizam berkata SKM Wilayah Persekutuan menyumbang 60 peratus pusingan pendapatan daripada aktiviti utama SKM di negara ini.
Beliau berkata aktiviti koperasi kredit seperti pinjaman peribadi, pinjaman jangka pendek serta pinjaman kecemasan antara penyumbang utama kepada pendapatan SKM Malaysia selain perladangan dan kepenggunaan.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment