Thursday 27 March 2014

Tahniah penerima APC...


Dua puluh sembilan kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan anugerah itu, berupa sijil, kepada kakitangan Bernama dan petugas cemerlang sembilan lagi jabatan dan agensi di bawah KKMM di Auditorium Perdana , Angkasapuri.
Sebanyak 762 kakitangan pelbagai peringkat itu menerima anugerah masing-masing atas dedikasi dan komitmen dalam menjalankan tugas sepanjang tahun lalu.
Antara penerima dari Bernama ialah Allahyarham Rosyatimah Tukimin, penyunting Meja Antarabangsa yang meninggal dunia Februari lalu. Alllahyarham diwakili suaminya Muhammad Husni Mohd Jazri.
Ahmad Shabery dalam ucapannya berkata semua kakitangan KKMM perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar.
"Misalnya tragedi kehilangan pesawat MH370, dunia melihat kita dan menilai bagaimana kita mengatasi masalah, mereka juga melihat kompetensi, kebolehan pegawai dan teknokrat serta tahap profesionalisme kita dalam menguruskan krisis ini," kata Ahmad Shabery.
Kakitangan Bernama lain yang menerima anugerah ialah:

  1. Ketua Biro Bernama Terengganu Amrizan Madian
  2. Pegawai Berita Meja Berita Am Haslinda Zainal
  3. Pegawai Berita Meja Berita Am Mohd Faizal Hassan
  4. Jurugambar Anuar Isman
  5. Juruaudit Ma'aruf Mohamed
  6. Penolong Pegawai Tadbir Norizan Ahmad
  7. Pembantu Am Pejabat Mohamad Fikri Ahmad
  8. Ketua Biro Bernama Johor Nor Baizura Basri
  9. Pegawai Berita  Meja Berita Am Mohd Yusof Saari
  10. Pegawai Berita Meja Berita Am Voon Miaw Ping
  11. Pegawai Berita Meja Berita Am Noor Farhana Ahmad Norain
  12. Pegawai Berita Meja Mahkamah Zalina Maizan Ngah
  13. Wartawan Meja Jenayah Norazurra Aziz.

  14. Pegawai Berita Meja Ekonomi Mohamad Iswandi Kasan Anuar
  15. Pegawai Berita Meja Sukan Ainul Huda Mohamed Saaid
  16. Wartawan Meja Sukan Ahmad Muliady Ab. Majid
  17. Pegawai Berita Meja Rencana dan Isu Semasa Kurniawati Kamarudin
  18. Wartawan Bernama TV Nuruljannah Kamaruddin
  19. Penyunting Meja Bahasa Melayu Rafe'aton Md Ali
  20. Jurugambar Hairul Nizam Baharin
  21. Ketua Pembantu Tadbir Abdul Radzak Ahmad
  22. Penolong Pegawai Tadbir Mohd Zaki Mohd Nor
  23. Penolong Pegawai Tadbir Yussa Yunus
  24. Pembantu Tadbir Nor Liza Hashim
  25. Pembantu Tadbir Suhendri Mohd Daud
  26. Pembantu Akaun Zahidi A. Aziz
  27. Pengawal Keselamatan Mohd Nasir Abdul
  28. Pemandu Kenderaan Mohd Syahfri Mohd Salleh.


 
 


No comments:

Post a Comment