Wednesday, 17 October 2018

149 Lagu P.Ramlee diisytihar Warisan Kebangsaan 2018

Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan antara 255 butiran warisan yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.
Antara lagu malar segar yang tersenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa.
Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia  Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018  di ibu negara hari ini.
"Pada petang ini saya mengisytiharkan sejumlah butiran warisan sebagai Warisan Kebangsaan dan apa yang istimewa ialah hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan khususnya lagu-lagu ciptaan beliau," katanya pada majlis itu.
Butiran lain yang diisytiharkan kali ini adalah 24 tapak warisan, 225 objek warisan serta enam tokoh orang hidup.
Beliau berkata kepentingan untuk mewartakan warisan ini akan memberi impak positif melangkaui pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.
"Ia turut menjana ekonomi kepada negara melalui produk pelancongan warisan," katanya.
Senarai 255 butiran yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

TAPAK WARISAN
BANGUNAN/MONUMEN
PULAU PINANG 
1. Masjid Melayu Leboh Acheh
2. Masjid Kapitan Keling
3. Kota Cornwallis
4. Leong San Tong Khoo Kongsi
5. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
6. Penang Free School 
PERAK 
7. Bangunan Pejabat Telegraf
8. Muzium Darul Ridzuan 
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 
9.  Bangunan Lama Pusat Pelancongan  Malaysia (MaTiC)  dan Dewan Tunku Abdul  Rahman 
10. Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka
11. Bangunan Sulaiman
12. Bangunan Hotel Majestic
13. Bangunan Istana Budaya
14. Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia   
KELANTAN 
15. Bangunan Bank Kerapu (Memorial Peperangan Dunia ll)
16. Bangunan Muzium Negeri
TERENGGANU 
17. Istana Maziah
18. Masjid Besar Kuala Terengganu/ Masjid Abidin   
NEGERI SEMBILAN 
19. Bangunan Sekolah Menengah King George V (Blok Lama)   
MELAKA 
20. Rumah Penghulu Md. Nattar 
SELANGOR 
21. Kota Malawati 
KEDAH 
22. Kota Kuala Kedah  
ARKEOLOGI
KEDAH
Candi  Pengkalan  Bujang  (Tapak  23)
Candi  Bukit  Batu  Pahat  (Tapak  8)
OBJEK WARISAN KETARA
1. Syiling Emas Zaman Pemerintahan Sultan Abdullah  Maayat Shah (1615-1623), Johor    
2. Kereta Rasmi Yang di-Pertuan Agong I hingga Yang di-Pertuan Agong VI (Rolls Royce Silver Wraith)
3. Batil (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
4. Rebana (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
5. Serunai (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
6. Topeng Wak Nujum Dan Hulubalang (Alat Persembahan Awang Batil Milik Romli bin Mahamud)
7. Syiling Peringatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 
8. Oskar Filem Komedi Terbaik Asia 1964 - P. Ramlee
9. Oskar Seniman Agung Serba Boleh 1963 - P. Ramlee
10. Tikar Rompok (Upacara Adat Perpatih Milik YBhg. Dato’ Seri Maharaja Haji Khalid Bin Bonget)
11. Cerita-cerita Panji
      a) MSS 29 - Hikayat Kelana Jayeng Seteru
      b) MSS 31 - Hikayat Jaran Misa Gambar Sari
      c) MSS 32 - Hikayat Cekel Waneng Pati
      d) MSS 94 - Cerita Panji
      e) MSS 2140 - Hikayat Misa Jejuluk Sira Panji
12. Kitab Ilmu Bedil (Kitab Tib, MS 101)
13. Lembu Liar (Arca Simen)
14. Village Shopping
15. Lukisan Lama Di Bangunan Heritage Station Hotel, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kuala Lumpur
16. Ilustrasi Seni Bina Masjid Jamek, Kuala Lumpur
17. Imago (Berlin)
18. Kampung Melayu dan Permainan Tradisional
BAHASA DAN PERSURATAN
1.Lagu Rakyat
2.Talibun
3.Teromba
4.Teka-teki
5. Seloka
6. Gurindam
7. Nazam
8. Cerita Rakyat
BUSANA, TEKSTIL, SENI HIAS DIRI DAN KRAF
1.Linangkit
2. Manik Sarawak
3. Sanggul
4. Cucuk Sanggul
5. Dokoh
6. Kepala Bangau
7. Sirih Junjung
8. Ukiran Patung dan Topeng Mahmeri
9. Bunga Moyang
PERMAINAN TRADISI DAN SENI PERTAHANAN DIRI 
1. Hencang Buah Keras/Laga Buah Keras
2. Aci Sorok/Sembunyi Ibu 
3. Jan Jan Jala Itik/Jala Itik  
4. Guli
5. Kercang
6. Batak Lampong/Lampung
7. Baling Tin/Baling Selipar
8. Rebut Negeri
SENI PERSEMBAHAN    
1. Canggung
2. Tarian Asyik
3. Tandak Melayu
4. Menora
5. Cak Lempong
6. Randai
7. Kuda Kepang
8. Lagu Bila Mama Pakai Chelana 
9. Lagu Dengar Ini Cherita  
10. Lagu Senandong Kasih
11. Lagu Aduhai Sayang 
12. Lagu Achi-Achi Buka Pintu
13. Lagu Aneka Ragam 
14. Lagu Apabila Kau Tersenyum 
15. Lagu Apa Guna Berjanji 
16. Lagu Tiru Mahcam Saya 
17. Lagu Kenangan Abadi 
18. Lagu Merana Diri 
19. Lagu Azizah
20. Lagu Dengarlah Sang Ombak Berdesir 
21. Lagu Engkau Laksana Bulan 
22. Lagu Inang Baru 
23. Lagu Joget Malaysia 
24. Lagu Di Mana Suara Burong Kenari
25. Lagu Barang Yang Lepas Jangan Dikenang 
26. Lagu Berkorban Apa Saja  
27. Lagu Berpedati  
28. Lagu Mengapa Pilu Saja  
29. Lagu Bila  
30. Lagu Bulan Sabit  
31. Lagu Dalam Ayer Terbayang Wajah
32. Lagu Dari Masa Hingga Masa  
33. Lagu Tidurlah Wahai Sayang 
34. Lagu Putus Sudah Kaseh Sayang 
35. Lagu Kesah Mahjong  
36. Lagu Tarian Zapin   
37. Lagu Jari-Jari Ku Sakit Semua   
38. Lagu Yang Mana Satu Idaman Kalbu
39. Lagu Getaran Jiwa 
40. Lagu Hanya Dikau 
41. Lagu Harapan Bonda   
42. Lagu Sungguh Malang Nasibku  
43. Lagu Suara Takbir  
44. Lagu Jangan Cemburu  
45. Lagu Joget Tari Lenggang  
46. Lagu Kampong Nelayan  
47. Lagu Kenek2 Udang  
48. Lagu Lama Sudah Ku Tunggu  
49. Lagu Larut Malam  
50. Lagu Lenggang Kangkong Baru  
51. Lagu Mengapa Laguku  
52. Lagu Madah-Ku  
53. Lagu Manusia  
54. Lagu Rindu Hatiku Rindu  
55. Lagu Rindu Hatiku Tidak Terkira  
56. Lagu Sabarudin Tukang Kasut
57. Lagu Ta’ Seindah Bunga 
58. Lagu Sayu Pilu Kalbu Merana
59. Lagu Sekapor Sirih Seulas Pinang
60. Lagu Selamat Berbahagia Wahai K`Kasih
61. Lagu Tari Silat Melayu
62. Lagu Tidurlah Permaisuri
63. Lagu Tolong Lah Kami
64. Lagu Twist Malaysia
65. Lagu Aduh Sayang 
66. Lagu Aku Tak Berdaya 
67. Lagu Hati Muda 
68. Lagu Pesta Muda Mudi
69. Lagu Gelang Suasa
70. Lagu Sabar
71. Lagu Sri Bulan 
72. Lagu Bahagia
73. Lagu Perwira
74. Lagu Ai Ai Ai Twist
75. Lagu Chiki Chiki Boom
76. Lagu Rukun Islam
77. Lagu Dewi Ilham Ku
78. Lagu Terbang Burong Terbang
79. Lagu Gambos Jodoh
80. Lagu Ketipang Payong 
81. Lagu Entah Di Mana
82. Lagu Mengapa Derita
83. Lagu Jangan Tinggal Daku
84. Lagu Ting Tara Tilalla
85. Lagu Kwek Mambo
86. Lagu Gelora 
87. Lagu Merak Kayangan
88. Lagu Ingin Tahu
89. Lagu Derita
90. Lagu Seksa 
91. Lagu Simpulan Kaseh
92. Lagu Hujan Di Tengah Hari
93. Lagu Ditelan Pahit Dibuang Sayang
94. Lagu Mengapa Riang Ria
95. Lagu Chinta Abadi
96. Lagu Gembira
97. Lagu Berkorban Apa Saja
98. Lagu Melaka
99. Lagu Putus Ikatan
100. Lagu Semerah Padi
101. Lagu Makan Sireh Di Semerah Padi 102. Lagu Itulah Sayang
103. Lagu Joget Si Pinang Muda 
104. Lagu Keronchong Kemayuran
105. Lagu Tiada Kata Sechantek Bahasa
106. Lagu Istana Chinta
107. Lagu Anak Ku Sazali
108. Lagu Chelorong Cheloreng
109. Lagu Shair Pancha Delima
110. Lagu Kaseh-Nya Ibu
111. Lagu Chemara Jingga
112. Lagu Pancha Delima Hilang
113. Lagu Teratai
114. Lagu Bahtera Karam
115. Lagu Kampong Nelayan
116. Lagu Resam Dunia
117. Lagu Nak Dara Rindu
118. Lagu Tunggu Sekejap
119. Lagu Dengar Lah Rayuan Ku 
120. Lagu Hanchur Badan Di-Kandong Tanah     
121. Lagu Maafkan Kami
122. Lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang
123. Lagu Pok Pok Bujang Lapok
124. Lagu Joget Pura Chendana
125. Lagu Jangan Adek Angan-Angan
126. Lagu Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga
127. Lagu Nujum Pa` Blalang
128. Lagu Jeritan Batin Ku
129. Lagu Kalau Kacha Menjadi Intan
130. Lagu Kami Penyamun
131. Lagu Alunan Biola
132. Lagu Selamat Panjang Umur
133. Lagu Ali Baba Rock
134. Lagu Embon Menitik
135. Lagu Mencheche Bujang Lapok
136. Lagu Kesuma Jiwa
137. Lagu Bila Larut Malam
138. Lagu Uda dan Dara
139. Lagu Sri Bunian
140. Lagu Madu Tiga
141. Lagu Air Mata Di Kuala Lumpur
142. Lagu Selamat Pengantin Baru 
143. Lagu Pukul Tiga Pagi
144. Lagu Bunyi Gitar
145. Lagu Tiga Abdul
146. Lagu Rela Hamba Rela
147. Lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
148. Lagu Mengapa Tak Berkawan
149. Lagu Jikalau Ku Tahu
150. Lagu Ramlee Dan Saloma
151. Lagu Ku Kehilangan Kanda
152. Lagu Di Pinggiran
153. Lagu Kuala Lumpur
154. Lagu Saat Yang Bahagia
155. Lagu Kurindu Padamu
156. Lagu Hilang Terang Timbul Gelap
 ADAT  
1. Adat  Bersawah  Tradisional  Masyarakat  Melayu
2. Adat  Bertindik  Masyarakat  Melayu
3. Adat  Merasi  Masyarakat  Melayu
4. Adat  Naik  Rumah  Tradisional /Adat  Meletak  Kerja  (Masyarakat  Melayu)
5. Adat  Istiadat  Perkahwinan  Masyarakat  Adat  Perpatih  Naning  Melaka
6. Adat  Istiadat  Pertabalan  Kesultanan  Melayu  Semenanjung
7. Adat  Istiadat  Pengurniaan  Darjah  dan  Bintang  Kebesaran  Negeri-Negeri
8. Upacara  Monolob  Gunung  Kinabalu
9. Upacara  Wangkang
MAKANAN
1. Air Janda Pulang
2. Gula Tarik/Sema
3. Kelamai/Gelamai Tepung Gandum
4. Ketupat Sotong (Berlemak)
5. Kuih Bongkong/Jongkong
6. Kuih Tahi Itik
7. Kuih Tepung Torak
8. Sambal Hitam Ikan Bilis
9. Kuih Badak Kubang
10. Aiskrim Malaysia
11. Pulut Mangga
12. Sambal Tahun
13. Bingka/Bengkang Sawit
14. Kuih Cek Mek Molek
15. Cucur Jawa/Cucur Topi/Kuih Penyaram
16. Kuih Angku/Kuih Peria
17. Opor Daging  
WARISAN  KEBANGSAAN ORANG HIDUP 2018 (WAKOH)
1. Omar  Md. Hashim (Boria)
2. Datuk Paduka  Profesor  Madya  Dr Mohd Rosli Saludin (Teromba Penglipur  Lara)
3. Razak  Senik (Rodat)
4. Tan  Chai  Puan (Gendang 24 Perayaan)
5. Datuk  Mohd  Baharim  Mohd  Sharip (Dondang  Sayang)
6. Norhaiza Noordin (Ukiran  Kayu  Melayu)
-- BERNAMA



Tuesday, 16 October 2018

Better understanding of digital journalism...

Bernama journalist Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman will get to know more about digital journalism as he joined eight other journalists from Asean for a four-week fellowship programme in South Korea.
The other journalists are from Laos, Myanmar, the Philippines, Cambodia and  Vietnam who have been selected to participate in the 2018 Kwanhun-KPF Press Fellowship.
Organised annually by the Korea Press Foundation (KPF) with the Kwanhun Journalists Club since 2012,  the fellowship this year is focused on discussing and to gain better understanding on digital journalism.
The fellowship programme is reinforced with seminars and practical training that will  emphasise on digital journalism and also to gain experience on Korean culture, economy and society.
KPF chairman Byung Wook Min hoped that the fellowship programme would provide a great help for the participants in regards to the challenges faced in the digital era, and to continue strengthening the relationship between South Korea and ASEAN countries.
“This programme will help participants to gain better understanding on digital journalism and can learn the know-hows of the Korean press in detail. Participants can also find how we (South Korea) keep up with the new media environment,” he said in his welcoming remarks at the opening ceremony of the programme in Seoul today.
Kwanhun Journalists Club president Sung Hee Park said the journalism industry has seen a mixed view on the digital platform.
He said he read an article published by the Pew Research Centre, a prestigious polling organisation and consulting firm based in the United States, stating that newspaper circulation was decreasing while its profit had increased due to an increased subscription fee and digital profit.
“Even within the same media market, one tells about hope while others tell about concerns.. we know that all journalists in the world share the same concerns.
“What’s important is that with the smartphone era, more people are consuming news nowadays,”
He expects this fellowship programme would give participants inspiration so that  the press can enjoy the  turning point  (to the new media) in a wise manner.
-- BERNAMA

Sukan membentuk semangat berpasukan ...


Pentingnya sukan kepada negara dapat dilihat dengan pengiktirafan kerajaan mengadakan sambutan Hari Sukan Negara.
Ia disambut pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dalam mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Sabtu lepas yang disertai 20,000 orang daripada pelbagai lapisan umur.
Dalam keceriaan sambutan itu yang baharu diadakan, para petugas Meja Sukan Bernama  berkumpul untuk makan tengah hari ini sambil menilai liputan yang telah dibuat.
“…sesekali dapat berkumpul ramai-ramai, kami berbincang termasuk hasil dari kejayaan Syabiha masa Sukma Perak,” kata Ketua Meja Sukan Farhanah Azmi.
“’Kami juga review liputan Sukan Komanwel dan Sukan Asia serta buat perancangan untuk liputan akan datang,” katanya.
Pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak bulan lepas, wartawan Nur Syabiha Sukri menjulang nama Bernama apabila memenangi tempat kedua kategori laporan berita terbaik (media cetak).
Syabiha berkata walaupun hasrat untuk mengadakan pertemuan seumpama itu kerap dirancang namun ia tidak mudah diadakan kerana masing-masing mempunyai tugasan.
Namun hari ini semua petugas Meja Sukan hadir dan dapatlah mereka  berbincang  untuk  kebaikan bersama dan Bernama.
“Ada perkara perlu diperbaiki especially on writing skill... kami juga ada berbincang  a few special reports yang boleh dibuat...,” katanya.
“Bila dapat berkumpul, kami as a team dapat belajar daripada pengalaman rakan-rakan yang lain especially yang cover sukan besar seperti Sukan Asia dan Sukan  Komanwel..
“Kami share info and ideas, tips, then we know each other better...,” kata Syabiha.

Unit Komunikasi Korporat JPM minat kursus penulisan Bernama


Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri (JPM) tertarik untuk menghantar para pegawai perhubungan awamnya mengikuti latihan penulisan di Pusat Kecemerlangan Bernama.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Komunikasi Korporat JPM, Haji Muhammad Aszahari Abdul Rahman yang mengetuai delegasi 30 pegawai perhubungan awam jabatan itu yang melawat Bernama hari ini.
Mereka mendengar taklimat daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab mengenai Bernama dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi berita nasional ini.
Aszahari berkata taklimat berkenaan telah memberikan maklumat lebih jelas kepada para pegawai itu mengenai perkhidmatan di Bernama dan individu yang tepat untuk dihubungi.
“Mungkin kita  boleh ambil kesempatan untuk bekerjasama dengan Bernama bagi melahirkan pegawai perhubungan awam yang boleh menulis sebagaimana dalam bidang kewartawanan.
“Kita memang mengambil Bernama sebagai satu saluran kita untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan program-program kerajaan, aktiviti yang dijalankan selama ini.
“Kita juga sentiasa memberikan Bernama untuk membuat liputan aktiviti JPM,” katanya.


Monday, 15 October 2018

Lagi misi bantuan kemanusiaan ke Sulawesi


Wartawan Muhammad Faiz Baharin menyertai misi bantuan kemanusiaan kali kedua Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bagi mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia.
Rombongan itu selamat tiba di Palu pada 6.40 pagi waktu tempatan hari ini.
Misi yang disertai 40 sukarelawan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menaiki pesawat Malindo Air pukul 8.40 malam tadi waktu Malaysia sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di Jakarta pada 9.45 malam waktu tempatan.
Pasukan sukarelawan Mapim kemudian menaiki penerbangan domestik Lion Air yang mengambil masa kira-kira empat jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al Jufrie di Palu.
Menariknya, ketika sukarelawan yang lengkap memakai ‘vest’ berwarna hijau tertera lambang Jalur Gemilang, logo Mapim dan tulisan ‘Humanitarian Mission’ (misi kemanusiaan) tiba di Jakarta, kumpulan berkenaan tidak putus-putus diberikan ucapan ‘terima kasih Malaysia’ oleh beberapa warga Indonesia di sekitar lapangan terbang.
“Terima kasih Malaysia, moga selamat, moga sentiasa sihat ya untuk membantu, tidak pernah lelah ya,” antara ucapan warga Indonesia kepada sukarelawan.
Perkara berkenaan dilihat membuatkan para sukarelawan menjadi lebih bersemangat dalam membawa nama Malaysia sepanjang menjalankan misi kemanusiaan itu.
Mapim membawa lebih 10 trak bantuan meliputi 3,000 pek makanan; 2,000 pek kebersihan; 2 ribu pek solat mengandungi sejadah dan telekung selain susu bayi; susu untuk ibu; lampin bayi dan tuala wanita.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu pada 28 Sept setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan.
Faiz turut melaporkan secara langsung menerusi Facebook mengenai keadaan pasca gempa bumi dan tsunami di Palu.
Menurutnya, kebanyakan penduduk yang terjejas di kota itu semakin  ketandusan barangan keperluan asas atau ‘sembako’ selepas 17 hari dilanda gempa bumi dan tsunami.
Sembako merupakan bahasa tempatan yang merujuk kepada barangan keperluan asas penduduk seperti beras, gula, minyak masak, susu, daging, telur ayam selain bekalan air bersih.




Sunday, 14 October 2018

Seronok buat liputan langsung...

Ketika orang ramai mengharapkan untuk mengetahui sesuatu peristiwa atau acara dengan pantas dan terkini, apa yang dilakukan wartawan R.Ratcharathan menjurus ke arah itu dengan membuat laporan secara terus menerusi Facebook.
Malam tadi, beliau melaporkan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson secara langsung apabila pengumumannya dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairy Maamor pada 9.14 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
“Saya memang gembira dapat buat perkara tersebut…,” kata Ratcharathan walaupun tugasan itu memenatkan.
“Perasaan saya ketika membuat Live adalah excited dan juga nervous. Excited sebab dapat memberikan info secara langsung dan nervous kerana saya perlu menjawab soalan netizen ketika Live yang agak mencabar.
“Saya juga tahu bahawa sedikit kesilapan info akan membawa masalah kepada Bernama dan saya,” kata Ratcharathan yang ditempatkan di Meja Multimedia.
Apa persiapan yang dilakukannya sebelum membuat tugasan itu?
“Saya perlu membuat research yang secukupnya supaya dapat memberikan info yang betul dan lengkap kepada penonton, selain mencari idea supaya dapat berbual dengan penonton supaya mereka tidak bosan.
Beliau juga perlu mempelajari teknik mengunakan alat teknologi seperti telefon pintar, saramonic dan gimball.
“Setiap tugasan ada cabaran yang berlainan,” katanya.
“Masalah yang saya hadapi yang pertama adalah perlu memastikan line internet kuat agar dapat membuat live, kadang-kala event ramai orang susah untuk dapat line internet yang stabil.
“Kedua, saya perlu mendapatkan angle camera yang cantik yang mampu menarik perhatian audiens selain menyediakan info atau maklumat lengkap mengenai event Live yang saya buat agar bekalkan maklumat yang betul kepada penonton.
“Paling mencabar ialah saya perlu bersaing dengan jurukamera dan jurufoto yang jauh lebih baik daripada equipment kami,” katanya.
Tempoh liputan juga bergantung kepada sesuatu acara.
“Kalau macam keputusan PRK, ia ambil masa sedikit sebab tunggu keputusan daripada SPR. Durasi dalam 30 minit hingga 2 jam pun boleh jika bateri telefon bimbit tahan,” katanya.
Bagi tugasan PRK Port Dickson itu, Ratcharathan berkata beliau memerlukan masa  dan tenaga yang banyak kerana harus memberi coverage yang adil kepada semua tujuh calon
“Tujuh penjuru membuatkan saya mengetahui lebih banyak info mengenai tujuh calon itu,” katanya.
Tugasan itu menarik perhatian kerana PRK itu turut ditandingi dan dimenangi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan (PH) yang telah disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri.
“Sebelum ini saya pernah buat live sewaktu PRK Seri Setia dan juga PRU14..
“Selain itu, banyak event saya dah buat live seperti pengumuman kabinet kerajaan baharu, Pelancaran manisfesto BN, Sukan SEA dan pembukaan parlimen,” kata Ratcharathan yang sudah empat tahun lebih bekerja di Bernama.
“Saya berharap semua petugas Bernama dapat mempersiapkan diri ke arah teknologi yang bergerak agak pantas dan keluar dari amalan yang dipraktikkan sebelum ini kerana ia mungkin tidak relevan lagi dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.