Busana kebaya menjadi perhatian apabila para peserta Pertandingan Miss Malaysia Kebaya (MMK) berkunjung ke Wisma Bernama hari ini.
Mereka
melawat Jabatan Pengarang, Bernama News Channel (BNC) serta Bernama Radio
dengan diiringi Pengerusi Bernama Datuk
Seri Azman Ujang, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri
(PBDN) Datuk Mokhtar Hussain dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita
Antarabangsa (PBA) Ahmad Fuad Yahya.
Turut
hadir pengasas dan penganjur MMK Jason Hee.
Seramai
30 peserta akan bertanding merebut gelaran ‘Miss, Mrs Malaysia Kebaya and
Petite Kebaya Queen 2018/19’ yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.
Sementara
itu, Azman berkata media perlu aktif memainkan peranan untuk mempromosikan busana kebaya yang mempunyai ciri-ciri
kesenian dan sejarah yang unik.
Hee
berkata pertandingan itu membuka peluang
kepada penjenamaan semula pakaian tradisi kebaya selain mempromosikan
budaya tempatan dan negara sebagai destinasi pelancongan di mata dunia.
Katanya,
ia menjadi platform penting untuk mendidik golongan muda supaya tidak melupakan
busana tradisional ini yang menjadi lambang warisan budaya tempatan.
“Semua
orang tahu kebaya, tapi bagi generasi muda… tak ramai memakainya. Jadi ia menjadi
misi dan visi kita untuk mendidik generasi muda, khususnya Gen Y mengenai
kebaya,” katanya.
Beliau
berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (MATRADE) untuk meningkatkan dan menambah nilai busana
berkenaan di peringkat antarabangsa melalui ikon MMK yang
mampu menarik lebih ramai wanita untuk menggayakannya.
Sementara
itu, Nor Natasha Suhaira Suhaimi, 24, yang merupakan pemenang MMK 2017/2018
berkata keluarganya menitikberatkan legasi turun temurun dan minatnya yang
mendalam terhadap busana kebaya membuatkan beliau mengambil keputusan mencuba
nasib melalui pertandingan MMK.
"Saya
memang berminat dengan kebaya, saya pakai hari-hari. Jadi pentingnya kita ada asas
MMK ini, bergerak serentak untuk menyuburkan minat dalam kalangan ramai tentang
kepentingan kebaya dan meneruskan legasi kebaya ini,” katanya.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment