Kementerian
Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui jabatan dan agensi di bawahnya akan
menyebar luas maklumat berkenaan inti pati Kajian Separuh Penggal (KSP)
Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dan Belanjawan 2019 kepada masyarakat melalui
pelbagai platform komunikasi.
Timbalan
Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata penggunaan
pelbagai platform komunikasi yang telah tersedia di jabatan dan agensi
masing-masing dapat memastikan penyampaian secara komunikasi bersepadu yang
efektif dan berkesan.
”Jabatan
Penyiaran Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) contohnya
boleh mencapai jangkauan penyampaian maklumat yang meluas dan pantas melalui
pelbagai kaedah seperti program bual bicara, laporan berita dan hebahan
infografik yang disiarkan melalui televisyen, radio dan laman berita dalam
talian," katanya.
Berucap
pada Majlis Perasmian Taklimat Khas KSP RMK11 dan Belanjawan 2019 di
kementeriannya di Putrajaya hari ini, Eddin Syazlee berkata kerajaan juga
komited meneruskan sasaran untuk memastikan kawasan yang diliputi jalur lebar
mencapai 95 peratus sebelum hujung 2019 berbanding 93 peratus pada masa ini.
“Kita
menerima respons yang positif dari kerajaan negeri terutamanya bagi
membangunkan perkhidmatan jalur lebar di kawasan-kawasan pedalaman yang
pastinya nanti akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi digital
dan e-dagang,” katanya.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment