Perdana
Menteri berkata kakitangan boleh berbuat sedemikian dengan berehat seketika
sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.
"Saya
syorkan semua pejabat kerajaan mahupun swasta pukul 11 pagi berhenti kerja
(seketika) dan membuat senaman...kalau boleh di luar bilik penghawa dingin.
"Saya
syorkan semua (kakitangan) keluar selama 15 minit buat senaman dan selepas itu
balik kerja semula," katanya ketika
berucap melancarkan Kempen Promosi Hidup Aktif atau WALK (When Active Living
Kicks) peringkat kebangsaan Kementerian Kesihatan di Shah Alam hari ini.
Turut
hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Kesihatan Datuk
Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr
Mahathir turut menasihatkan rakyat mengamalkan tiga petua untuk kekal sihat
iaitu mengelakkan pengambilan makanan berlebihan, tidak merokok dan
menghindarkan pengambilan minuman beralkohol.
Beliau
berkata tiada rahsia yang diamalkannya untuk kekal sihat pada usia 93 tahun
kecuali sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
“Cara
hidup kita mestilah selesa dan sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita,”
katanya.
Dr
Mahathir turut berkongsi petua iaitu berhenti sewaktu sedang enak menjamah
makanan kerana kecenderungan makan dan
minum terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang itu gemuk serta perut buncit.
"Jangan
makan terlalu banyak...kalau makanan itu sedap berhenti makan," katanya.
Dr
Mahathir berkata adalah penting untuk mengawal berat badan sebab apabila badan
bersaiz kecil, jantung mudah mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan
mudah.
Beliau
turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk banyakkan berjalan bagi mengelak
penyusutan otot ketika sudah berusia.
"Otot
kita kalau tak guna lama-kelamaan menjadi kecut dan lemah. Rumah saya ada lif
tapi saya pilih naik tangga," katanya.
Menurutnya,
dahulu terdapat banyak pekerjaan yang membuatkan badan menjadi sihat tetapi
kini banyak masa dihabiskan di pejabat dengan duduk sahaja dari pagi hingga
petang.
No comments:
Post a Comment