Sunday, 8 March 2015

Setahun berlalu...



"Hari ini ulang tahun kehilangan MH370 sejak 8 Mac 2014.
Di samping mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa, hari ini juga mengingatkan saya kepada cabaran yang dihadapi pada hari itu.
Sehari sebelum tu, masuk bertugas petang dan selesai lewat tengah malam. Sampai di rumah, dapat telefon dari pejabat bahawa sebuah pesawat MAS hilang dalam perjalanan ke Beijing dan diminta datang seawal mungkin ke pejabat.
Seperti diduga, berita masuk bertali arus. Bagaimanapun, cabaran paling besar ialah menterjemah istilah teknikal dan penerbangan yang amat jarang ditemui.
Sudahlah demikian, teks perlu disiapkan dengan cepat dan tepat sedapat mungkin. Sungguh menyeksakan. Apa boleh buat, redah saja la dari pagi sampai ke malam. Bagaimanapun, ia suatu pengalaman dan latihan yang sangat berharga dan menjadi kenangan sepanjang hayat."

Shamsudin Puteh

 Nota: Rakaman perasaan saudara Shamsudin mengenai peristiwa itu dimuatkan dalam sebuah antologi khas berjodol "Segugus Pasrah Buatmu MH370". Antologi itu dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno tahun lepas. Sajak saudara Shamsudin bertajuk 'Di Sebalik Misteri'

JPA Kaji Cadangan Umur Bersara 62 Tahun



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun.
Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sebarang keputusan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam bukan hanya merupakan keputusan JPA tetapi turut melibatkan keputusan kerajaan.
"Saya kena lihat secara keseluruhan dan mengkaji terlebih dahulu. Ini bukan keputusan JPA sahaja dan ia juga merupakan keputusan kerajaan atau dasar yang kita kena bawa balik kepada kerajaan.
"Buat masa ini, saya ingat tidak perlu komen panjang mengenai hal berkenaan," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal hari ini.
Beliau merasmikan Pusat Latihan Kemahiran Peringkat Tertinggi CoAS, Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.
Semalam CUEPACS meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam atas alasan negara sedang menuju status negara maju.
Sementara itu Mohamad Zabidi berkata kerajaan akan memperluas pengambilan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke dalam perkhidmatan awam.
Beliau berkata kini 17 skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diperuntukkan kemasukan di peringkat SKM yang akan diperluas kepada lebih banyak skim perkhidmatan lain.
"Penjawat awam dengan kelayakan SPM dan memiliki sijil kemahiran akan memperoleh gaji permulaan lebih tinggi dan ini merupakan nilai tambah kepada mereka yang memiliki SKM," katanya.
-- BERNAMA

Saturday, 7 March 2015

Anadolu publishes best photos, video of the month...



Our Turkish partner, Anadolu has published its best photos and video of the month.
The photos are for news, life and sports categories.
The best video was about teenagers playing on a river which was frozen due to low temperatures in Turkey's eastern province Agri.
In its email, AA writes about the winning photos.

News Category:  Turkish operation named 'Sah Firat' to evacuate Tomb of Suleyman Shah. Turkish soldiers put a wire fence around area after Turkish flag is raised in the Esme region of Aleppo where the Tomb of Suleyman Shah will be placed.
The Turkish Army launched a military operation into Syria to evacuate soldiers guarding Tomb of Suleyman Shah, exclave of Turkey situated in Karakozak village, northeast of Aleppo, Syria.
Suleyman Shah was the grandfather of the founder of the Ottoman Empire. His tomb is a Turkish exclave located 30 kilometers south of the Turkey-Syria border

Life Category:  Cildir Golden Horse Winter Festival in Turkey's Ardahan
Horse carts are seen during "3rd Cildir Golden Horse Winter Festival" on the frozen Lake Cildir in Ardahan province north east of Turkey on February 07, 2015

Sports Category: Weightlifter girl avoiding bar dropping onto her body during Weightlifting Championship in Trabzon
Weightlifter Ayse Cakmak climbs out of bar dropping onto her body during Weightlifting Championship for Stars and group under age 15 in Trabzon, Turkey

The winning video could be seen on: https://www.youtube.com/watch?v=qogaQz3YE10

Thursday, 5 March 2015

Media Perlu Main Peranan Bentuk Persepsi Komuniti ASEAN...


FotoBERNAMA

Media perlu memainkan peranan penting dalam membina dan membentuk persepsi komuniti Asean terhadap hubungan negara-negara di rantau itu terutama dalam bidang ekonomi.
Pengerusi Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Datuk Zulkefli Salleh berkata negara-negara Asean mempunyai pasaran besar dalam jaringan ekonomi, justeru, hebahan media mengenai perkara itu dapat merealisasikan hasrat Asean membentuk sebuah komuniti yang berjaya.
Zulkefli yang juga Pengurus Besar Bernama berkata peranan itu harus dimainkan pada Sidang Kemuncak Editor Asean pertama yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada 24 Ogos ini.
"Pertemuan (Sidang Kemuncak Editor Asean) ini sangat penting kerana rencana untuk mewujudkan komuniti Asean terutama dalam bidang ekonomi harus disokong oleh media negara masing-masing sekali gus membentuk komuniti Asean yang maju dan disegani", katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Duta Besar Indonesia Bersama Media Malaysia-Indonesia di Desa Pandan, Kuala Lumpur hari ini.
Cadangan Sidang Kemuncak Editor Asean itu telah dikemukakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan disokong sebulat suara oleh wakil negara pengasas Asean iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina pada satu forum media di Batam, Indonesia, bulan lepas.
Sidang Kemuncak itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan memupuk semangat serta membentuk komuniti Asean.
Sementara itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata peranan media Malaysia dan Indonesia sangat besar dalam membentuk kesepakatan di antara pemerintah dan rakyat kedua-dua negara.
"Walaupun kita sering didatangi pelbagai isu sensitif yang dibawa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, namun kerjasama baik di antara media-media kita telah menyelamatkan hubungan itu.
"Saya melihat penyebaran maklumat yang benar dan positif mengenai Malaysia dan Indonesia ini dapat memulihkan kembali persepsi yang kurang enak mengenai kedua-dua negara serta meningkatkan lagi hubungan baik yang sudah sedia ada," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Iswami, Zulkefli Hamzah, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab, Koordinator Fungsi Penerangan Sosial & Budaya Kedutaan Besar Indonesia, Trigustono Supriyanto dan wakil-wakil media tempatan.
-- BERNAMA
   


Lawatan Klik Dengan Bijak SKMM...


Photo of the Year ...


Tuesday, 3 March 2015

DRB-Hicom Taja Anugerah Media Pahang...



Siapa yang bakal membawa pulang anugerah Tokoh Media Pahang bakal terjawab pada majlis Anugerah Media Pahang DRB-HICOM Bhd 2015 awal bulan depan.
Presiden Kelab Media Pahang (KMP), Nik Naizi Nik Husin berkata anugerah bakal dinobatkan kepada pengamal media yang berperanan menaikkan nama negeri Pahang.
Beliau berkata anugerah akan turut diberi bagi kategori Kewartawanan Media Elektronik Cemerlang, Kewartawanan Media Cetak Cemerlang (Rencana) untuk bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil serta Fotografi Cemerlang.
Anugerah dijangka disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM Bhd, Tan Sri Mohd Khamil Jamil pada majlis yang dijadul turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Nik Naizi memberithu Bernama majlis anugerah tersebut mendapat penajaan penuh DRB-HICOM Bhd yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM45,000.
Penyerahan penajaan berlangsung di Kuantan hari ini.
Ketua Kumpulan Bahagian Komunikasi DRB-HICOM Bhd, Shaikh Abbas Ibrahim berkata tajaan itu bagi menghargai peranan media yang banyak memberi input kepada masyarakat tentang negeri Pahang.
"Pada masa yang sama kita juga berharap penajaan ini akan memberi semangat kepada pengamal media di Pahang untuk menghasilkan artikel dan gambar yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA