"Hari
ini ulang tahun kehilangan MH370 sejak 8 Mac 2014.
Di
samping mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa, hari ini juga mengingatkan
saya kepada cabaran yang dihadapi pada hari itu.
Sehari
sebelum tu, masuk bertugas petang dan selesai lewat tengah malam. Sampai di
rumah, dapat telefon dari pejabat bahawa sebuah pesawat MAS hilang dalam
perjalanan ke Beijing dan diminta datang seawal mungkin ke pejabat.
Seperti
diduga, berita masuk bertali arus. Bagaimanapun, cabaran paling besar ialah
menterjemah istilah teknikal dan penerbangan yang amat jarang ditemui.
Sudahlah
demikian, teks perlu disiapkan dengan cepat dan tepat sedapat mungkin. Sungguh
menyeksakan. Apa
boleh buat, redah saja la dari pagi sampai ke malam. Bagaimanapun, ia suatu
pengalaman dan latihan yang sangat berharga dan menjadi kenangan sepanjang hayat."
Shamsudin
Puteh
Nota: Rakaman perasaan saudara Shamsudin mengenai peristiwa itu dimuatkan dalam sebuah antologi khas berjodol "Segugus Pasrah Buatmu MH370". Antologi itu dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno tahun lepas. Sajak saudara Shamsudin bertajuk 'Di Sebalik Misteri'

No comments:
Post a Comment