FotoBERNAMA |
Kedaulatan
Rakyat, akhbar terbesar dan tertua di Yogyakarta, Indonesia, hari ini
melahirkan minat untuk mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia (Bernama) dalam perkongsian berita melibatkan kedua-dua negara.
Ketua
Pengarangnya Dr Okto Lampito berkata kerjasama itu terutama sekali dalam
liputan berita yang berkaitan dengan Asean dan antarabangsa seperti Pameran
Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) yang berakhir Ahad,
serta Sidang Kemuncak Asean 2015.
"Kami
memang sepakat seperti pertukaran di online (Kedaulatan Rakyat Online), kami
mahu ambil berita yang menarik kerana ramai tokoh-tokoh Malaysia datang ke
Jogjakarta yang boleh sahaja kami ambil berita itu," katanya kepada
Bernama.
Beliau
yang mengetuai rombongan akhbar tersebut seramai 35 orang, dalam rangka lawatan
ke Singapura dan Malaysia, berkata pihaknya bercadang membuka stesen
televisyen, turut berminat untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan
Bernama dalam bidang tersebut.
Lawatan
rombongan editorial akhbar Kedaulatan Rakyat ke Bernama disambut oleh Pengurus
Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan taklimat mengenai operasi agensi berita
itu disampaikan oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Sementara
itu, Zulkefli turut menyatakan kesediaan Bernama bekerjasama dengan Kedaulatan
Rakyat untuk pertukaran maklumat dalam usaha memperteguhkan lagi kerjasama di
rantau ini.
Beliau
berkata Bernama berbesar hati, Kedaulatan Rakyat ingin belajar pengalaman Bernama.
"Kami
juga boleh belajar banyak daripada Kedaulatan Rakyat yang merupakan akhbar
tertua dan popular di Jawa Tengah (diterbitkan sejak 27 Sept 1945),"
katanya.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment