“Hari
ini hari terakhir beliau di BERNAMA, beliau antara orang terawal yang aku
kenali sejak mula berkhidmat 8 tahun yang lalu. Banyak yang aku belajar dan
nasihat dari beliau. Perkhidmatan paling lama hampir 42 tahun kot.
"Semoga
beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas
persaraan ini,” demikian catatan Suhendri Mohd Daud mengenai Mohd Wahid Mdsom
yang mesra disapa “Wak”.
Mohd
Wahid akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dua hari lagi, dengan mencatatkan
perkhidmatan lebih 40 tahun dengan Bernama.
Tempoh
perkhidmatan yang panjang itu menunjukkan betapa Pembantu Tadbir Pusat Maklumat
Berita dan Perpustakaan Bernama atau ringkasnya InfoLib itu menyayangi
pekerjaannya.
Ia
juga membuktikan betapa anak kelahiran Kampung Rincing Hilir, Bangi, Kajang,
Selangor ini menyantuni organisasi yang menjadi tempat beliau mencari rezeki
sejak berusia sekitar 18 tahun.
Mohd
Wahid mula bertugas dengan Bernama pada 20 Nov,1976. Nombor pekerjanya 157.
Pada masa itu, Bernama beroperasi di Wisma Belia, Jalan Syed Putra.
Gaji
permulaan di bawah kategori pembantu am rendah RM120 dan Elaun Sara Hidup
(COLA) RM30.
Ramai akan merasakan ketiadaan “Wak” yang tinggi budi pekertinya.
“Sebak
aku salam dgn wak wahid.. 26 tahun berkawan dgn wak.. Seorang yg saya belum
pernah nampak dia marah.. Sentiasa tenang.. Berbincang pun mudah.. Semoga wak
wahid sentiasa diberikan kesihatan yg baik dn dirahmati Allah.. Aamiiinn..
Kurang dah sorg lagi jemaah surau bernama.. Huhuhu”, kata Ramdhan Ramli.
"Selamat
bersara dan selamat ulang tahun kelahiran yg ke 60..
Smoga pnjg umur dan dimurahkan lagi rezeki.. Rindu2kanlah kami disini... Jumpa lagi wak.. Wak lagend bernama.. 42 tahun setia pada 1 department... Salute TokOne Wak," katanya.
Mohd Wahid pernah menyatakan hasrat untuk membuka gerai menjual minuman termasuk cendul selepas bersara.
Mohd Wahid pernah menyatakan hasrat untuk membuka gerai menjual minuman termasuk cendul selepas bersara.
Pesanan
khususnya untuk anak muda, " kita perlu ada sifat sabar; sentiasa bersyukur
dengan apa yang ada.
"Bagi
saya, apa pun pekerjaan yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik; insya-Allah
kita boleh meningkat maju," katanya.
No comments:
Post a Comment