Ketua
Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli
Salleh berkata ia bersiaran pada pukul 8.30 malam dengan siaran ulangan pada
pukul 2 pagi.
Ia
merupakan saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo semasa kunjungan
sulung rasminya ke Wisma Bernama pada 28 Mei lepas.
Zulkefli
yang juga Pengarah Urusan BNC berkata semua persiapan dari segi teknikal dan
kakitangan telah dibuat sejak sebulan lalu bagi membolehkan berita Bahasa
Mandarin itu kembali bersiaran selepas dihentikan pada tahun 2015.
Unit
Berita Bahasa Mandarin diketuai oleh Tan Boon Kooi, kata beliau dalam satu
kenyataan.
Ketika kunjungan itu, Gobind
Singh meminta agensi itu menyiarkan semula
berita dalam bahasa Tamil dan Mandarin menerusi saluran BNC.
Berita
Bahasa Tamil telah mula bersiaran pada 11 Jun lepas.
Saluran
Bernama News Channel boleh ditonton di Astro 502, Unifi tv 631, MYTV 121
dan di seluruh dunia melalui laman
sesawang www.bernama.com dan Youtube.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment