Naib
Presiden Parti Amanah Negara itu berkata pemimpin kerajaan dan ahli politik
harus memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada media adalah tepat
supaya persepsi masyarakat terhadap kerajaan tidak negatif.
"Saya
selalu beritahu kepada kawan-kawan saya, kalau kita bercakap mengenai perkara
yang kita sendiri tidak tahu, itulah yang mendedahkan kepada salah laporan atau
ada ruang orang 'spin' berita atau kenyataan yang kita buat," katanya pada
sesi jalinan mesra bersama pengamal media termasuk dari Kelab Media Putrajaya di Cyberjaya hari ini.
Mahfuz
yang baharu mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 2
Julai lepas, berkata pihak media juga harus berani dalam membuat
laporan bagi memastikan pengurusan kerajaan baik dan telus.
"Pihak
media mesti buang ketakutan kepada orang politik, mesti berani lapor apa yang
dirasakan tidak betul dilakukan orang politik," katanya.
Mahfuz
berkata media harus mempunyai kebebasan sendiri selaras dengan konsep pemisahan
kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang diamalkan di negara ini,
selain menganggap media adalah elemen keempat kepada konsep pemisahan kuasa
itu.
"Walaupun
ia tidak ditulis di dalam konsep itu, hakikatnya media memainkan peranan bagi
memastikan pengurusan kerajaan berjalan dengan betul.
"Tetapi
syaratnya media harus melaporkan berita dengan tepat dan betul," katanya.
Untuk
itu, katanya media harus melaporkan berita berdasarkan penyiasatan dan mengelak
daripada melaporkan berita bersifat khabar angin.
"Barulah
berita yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi dan sudah tentu ia tidak
akan menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak," kata Mahfuz.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment