Monday, 16 July 2018

Eddin Syazlee meriahkan Majlis Ramah Mesra Bernama...

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith hari ini memeriahkan Majlis Ramah Mesra bertemakan Hari Raya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang disambut dalam suasana sederhana, namun penuh dengan pelbagai juadah Aidilfitri.
Beliau bersama isteri, Dr Nurul Azlin Ibrahim tiba pada kira-kira 2 petang dan disambut warga Bernama.
Eddin Syazlee dan isteri mengambil peluang beramah mesra bersama kakitangan Bernama dan pelanggan agensi berita nasional tersebut sambil menikmati pelbagai juadah antaranya lemang, sate, rendang, nasi beriani, laksa, kuih-muih dan buah-buahan segar tempatan.
Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Wisma Bernama sejak dilantik sebagai timbalan menteri.
Majlis itu turut dihadiri oleh para pesara Bernama.
Ditanya mengenai juadah pilihannya hari ini, Eddin Syazlee yang berbaju Melayu berwarna hitam dan bersampin itu dengan ringkas sambil tersenyum menjawab, "Pastinya rendang. Sedap.”
Anggota Parlimen Kuala Pilah itu meluang masa kira-kira setengah jam sambil berswafoto dengan hadirin sebelum meninggalkan majlis kira-kira 2.30 petang.
Terdahulu, beliau menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pagi ini.
--  BERNAMA

No comments:

Post a Comment