Tuesday, 31 July 2018

Kebun kita....


Hasrat untuk melakukan aktiviti berkebun petang ini terpaksa diketepikan apabila langit mendung setelah ramai yang bersiap "turun padang".
Sejak beberapa hari lepas pun, hujan kerap turun.
“Cuaca tak mengizinkan minggu ini untuk kami berkebun,” kata Yang Dipertua Kebun Bandar Bernama (KBB) Abas Othman.
KBB telah mewar-warkan di ruangan Facebooknya dengan mengajak warga Bernama menyertai aktiviti itu yang sepatutnya bermula  5 petang.
Peralatan seperti cangkul, penggembur tanah, sarung tangan dan pencakar sampah disediakan oleh KBB untuk aktiviti berkebun itu yang dijalankan di seberang sungai berhadapan Wisma Bernama.
Mereka yang terlibat telah mendapat pelepasan dari ketua jabatan dan unit masing-masing.
Selain sebagai senaman, aktiviti itu dapat merapatkan hubungan warga Bernama, mendidik mereka kepentingan menanam pokok dan mencintai kehijauan alam dengan berkebun.
“Berbakti pada tanah,  pasti akan ada hasilnya,” kata Suhendri Mohd Daud yang pertama kali menyertai aktiviti itu minggu lepas.
Suhendri berkata sambutan amat mengalakkan dan ramai petugas memberi biji benih dan anak pokok untuk ditanam di Kebun Bernama.
Aktiviti itu diadakan untuk menyertai pertandingan kebun kejiranan bandar 2018 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bernama merupakan satu pemegang taruh tapak yang disediakan oleh DBKL sepanjang 150 meter berhadapan Sungai Bunus.
“Antara tanaman yang diusahakan ialah ulam raja, bendi, kelapa, daun kadok, pisang, serai, nenas, daun kunyit, daun pandan, limau purut limau kasturi, lengkuas, bidara, nona, mempelam, jambu, mulberry,  dan tenggek burung,” katanya.
“Jika ada cadangan untuk penambahbaikan silakan bagitau kami,” kata Abas.


Monday, 30 July 2018

Berita Mandarin kembali bersiaran di BNC...

Berita berbahasa Mandarin kembali bersiaran di Bernama News Channel (BNC) mulai hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata ia bersiaran pada pukul 8.30 malam dengan siaran ulangan pada pukul 2 pagi.
Ia merupakan saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo semasa kunjungan sulung rasminya ke Wisma Bernama pada 28 Mei lepas.
Zulkefli yang juga Pengarah Urusan BNC berkata semua persiapan dari segi teknikal dan kakitangan telah dibuat sejak sebulan lalu bagi membolehkan berita Bahasa Mandarin itu kembali bersiaran selepas dihentikan pada tahun 2015.
Unit Berita Bahasa Mandarin diketuai oleh Tan Boon Kooi, kata beliau dalam satu kenyataan.
Ketika kunjungan itu, Gobind Singh  meminta agensi itu menyiarkan semula berita dalam bahasa Tamil dan Mandarin menerusi saluran BNC.
Berita Bahasa Tamil telah mula bersiaran pada 11 Jun lepas.
Saluran Bernama News Channel boleh ditonton di Astro 502, Unifi tv 631, MYTV 121 dan  di seluruh dunia melalui laman sesawang www.bernama.com dan Youtube.
-- BERNAMA

Sunday, 29 July 2018

Ubuntu

This story has been shared various times online.
It was posted on Bernama Buddies Whatsapp group today.

UBUNTU is a very nice story from Africa.
The motivation behind the Ubuntu culture in Africa.
An Anthropologist proposed a game to the African tribal children.
He placed a basket of sweets near a tree.
And made the children stand 100 metres away.
Then announced that whoever reaches first would get all the sweets in the basket.
When he said 'ready steady go!'.
Do you know what these children did?
They all held each other's hands, ran together towards the tree, divided the sweets equally among themselves, ate the sweets and enjoyed it.
When the Anthropologist asked them why they did so,
They answered 'Ubuntu'.
Which meant -  'How can one be happy when the others are sad?'
Ubuntu in their language means - 'I am because we are!'
A strong message for all generations.
Let all of us always have this attitude and spread happiness wherever we go.
Let's have a *Ubuntu* Life ...
I AM BECAUSE WE ARE…

Saturday, 28 July 2018

Berlarilah Gembo-Gembo...

Bernama Gembo-Gembo Run 2018 (BGR) bukan sahaja menarik pada namanya tetapi mempunyai banyak keistimewaan.
Ia akan diiadakan dalam persekitaran hijau yang nyaman dan damai di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 22 September ini bermula 7.30 pagi.
Pengurus Pemasaran Foto, Farhan Mustafa  berkata acara itu menyasarkan 2,000 peserta terutama dari kalangan warga Bernama.
“Kami baru launch website empat hari lepas dan setakat ini 30 peserta telah mendaftar... kami masih teruskan usaha promosi melalui pelbagai cara,” katanya.
Pautannya ialah http://images.bernama.com/bgr2018/
Acara terbahagi kepada:
Fun Run 5km  Dewasa (13 tahun ke atas)
Fun Run 5km  Kanak-kanak (9 hingga 12 tahun)
Fun Run 5km  Pelajar
Bayaran: Dewasa (RM50), kanak-kanak (RM40) dan pelajar (RM35).
BGR dapat menggalakkan penyertaan keluarga untuk beriadah bersama ke arah amalan gaya hidup sihat.
Aktiviti ini dapat menimbulkan keceriaan yang pastinya membantu mengatasi tekanan kerja.
Larian seumpama ini juga dapat menyemai disiplin terutama apabila para peserta perlu berada awal di lokasi sebelum acara bermula.
Ia juga kesempatan bagi para petugas untuk mengeratkan hubungan bukan sahaja di kalangan rakan seunit atau jabatan tetapi juga dari bahagian-bahagian lain dalam Bernama.


Friday, 27 July 2018

Jom makan durian...


 Dalam kemeriahan “durian runtuh” yang dilaporkan di seluruh negara berikutan musim durian yang menjadi, Kelab Kakitangan Bernama (KKB) menganjurkan “äcara tradisinya” – Pesta Durian di perkarangan Wisma Bernama petang ini.
Sambutan sangat meriah dan hampir 200 kupon berjaya dijual. Setiap kupon berharga RM15.
Foto Asri Junin
Hujan lebat yang berhenti sebelum pesta durian bermula jam 3.30 petang menceriakan perjalanan majlis.
“Makan durian waktu sejuk lagi best & lagi feel,” kata anggota jawatankuasa penganjur Suhendri Mohd Daud.
Foto Mohd Noor Atan
Sebanyak 1,000 kilogram durian (satu tan) disediakan yang dibekalkan oleh FAMA serta dari ladang durian di Muar
“Durian Musang King, D24, udang merah dan durian kampong,” katanya.
“Selain durian, buah lain turut disediakan -- manggis dan rambutan dan makanan sampingan seperti laksa, serawa,roti jala, sandwich serta minuman panas teh tarik dan air sejuk,” katanya.
Beliau berkata matlamat acara itu untuk mengeratkan silaturrahim antara petugas telah tercapai.
“Perta durian ini berjaya dilaksanakan dan menerima pujian serta maklum balas yang positif,” katanya.
Bagi memeriahkan acara, cabutan nombor bertuah juga diadakan dengan dua hadiah utama berupa televisyen 32 inci dan oven.
Selain itu, 41 hadiah barang kelengkapan rumah juga diberikan.
Foto Asri Junin


Sayangi Malaysiaku...


Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti.
Ini bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
“Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan,” katanya pada sidang media sempena Hari Kebangsaan 2018 serta memperkenalkan logo Hari Kebangsaan 2018 dan lagu tema ‘Kita Punya Malaysia’ di Putrajaya hari ini.
Logo ‘Sayangi Malaysiaku’, ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam adalah antara 632 penyertaan yang diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.
Katanya logo tersebut yang dipilih sendiri Perdana Menteri pada 25 Julai lepas, menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.
“Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih saying yang kukuh kepada negara Malaysia,” katanya.
Selain itu, katanya lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam.
Berbeza dengan genre lagu tema Hari Kebangsaan sebelum ini, Gobind berkata lagu berentak pop yang menarik dan bertenaga itu turut dipilih Dr Mahathir daripada beberapa lagu yang dihantar untuk pemilihan.
“Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta,” katanya.
Gobind berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan Perdana Menteri pada 4 Ogos.
“Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjung Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018,” katanya.
Pellbagai acara diatur sepanjang tiga hari dari 3 hingga 5 Ogos di Pulau Pinang seperti pertunjukan bunga api, kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pameran Caring Bridge dan MyMerdeka, karnival trak makanan, larian merdeka dan jualan My Best Buy FAMA.
Gobind berkata pelepasan program kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos dan dijadualkan tamat di Putrajaya pada 31 Ogos.
-- BERNAMA

Tuesday, 24 July 2018

Media nikmati semula kemudahan buat laporan di Parlimen...

Sejak persidangan Dewan Rakyat bermula minggu lepas, Yang Dipertuanya Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengembalikan beberapa keistimewaan yang sebelum ini ditarik balik oleh speaker terdahulu, antaranya kebenaran untuk berada di lobi parlimen.
Di samping itu,  kuota wakil bagi setiap organisasi media yang membuat liputan  juga dimansuhkan selain kemudahan untuk mengadakan sidang media disediakan.
Mengulas perkara itu pada  pertemuan  khas dengan pengarang media cetak dan elektronik di  bangunan  Parlimen hari ini, Mohamad Ariff meminta agar warga media memanfaatkan kemudahan yang diberi sebaik mungkin.
Beliau yang mengajak warga media bersama-sama menjaga dan memartabatkan institusi parlimen  negara, berkata tidak ada negara di dunia ini yang membenarkan wartawan mereka  duduk  secara  “sesuka hati” di lobi parlimen mereka.
“Jadi saya menyeru agar pengamal media memberi kerjasama untuk menangani masalah tersebut dan memastikan agar suasana di lobi  parlimen sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan terkawal,” katanya.
Mohamad Arif berkata walaupun beliau dan dua timbalannya optimis untuk terus membenarkan pihak media berada di lobi parlimen, kemudahan tersebut akan ditarik balik jika petugas media masih tidak mengendahkan peraturan dan arahan yang ditetapkan.
Beliau berkata pihaknya akan terus memantau suasana di parlimen dan berbincang serta mengkaji lebih mendalam keputusan-keputusan yang telah dibuat berhubung perkara tersebut.
“Saya mohon untuk diberikan masa yang mencukupi bagi kami membuat keputusan sama ada untuk mengubah atau mengekalkan arahan-arahan tersebut,”katanya.
Pada majlis itu, Mohamad Ariff yang baru  dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat Isnin lepas turut menyampaikan penghargaan kepada pengamal media atas sokongan yang diberikan serta berharap hubungan  baik dan erat itu dapat  dipertingkat.
-- BERNAMA 



Friday, 20 July 2018

Riang Ria Jabatan Pengarang...

Lebih 500 warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memeriahkan sambutan Riang Ria Editorial 2018 hari ini. 
Majlis berlangsung selama tiga jam bermula 3 petang di Tingkat 10, Wisma Bernama.
Bertemakan warna hijau, majlis itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian serta pelbagai hidangan termasuk nasi tomato, laksa, nasi himpit, rendang dan kuih-muih. 
Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata majlis tersebut diadakan bagi meraikan dan mengeratkan hubungan antara petugas Bernama yang terdiri daripada pelbagai jabatan.
"Menjadi sebahagian daripada warga Bernama merupakan suatu nikmat yang perlu disyukuri kerana kita bertuah berada dalam suasana kerja selesa.
"Berpeluang menikmati pelbagai kemudahan termasuk insentif dan sebagainya (jadi) janganlah (ada dalam kalangan) kita bersikap yang tidak baik seperti iri hati, menghasut dan sebagainya," kata beliau.
Majlis anjuran Jabatan Pengarang itu melibatkan kerjasama semua unit di bawahnya – Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN),  Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) dan Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE).
-- BERNAMA

Selamat bersara Wak Wahid...


“Hari ini hari terakhir beliau di BERNAMA, beliau antara orang terawal yang aku kenali sejak mula berkhidmat 8 tahun yang lalu. Banyak yang aku belajar dan nasihat dari beliau. Perkhidmatan paling lama hampir 42 tahun kot. 
"Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas persaraan ini,” demikian catatan Suhendri Mohd Daud mengenai Mohd Wahid Mdsom yang mesra disapa “Wak”.
Mohd Wahid akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dua hari lagi, dengan mencatatkan perkhidmatan lebih 40 tahun dengan Bernama.
Tempoh perkhidmatan yang panjang itu menunjukkan betapa Pembantu Tadbir Pusat Maklumat Berita dan Perpustakaan Bernama atau ringkasnya InfoLib itu menyayangi pekerjaannya.
Ia juga membuktikan betapa anak kelahiran Kampung Rincing Hilir, Bangi, Kajang, Selangor ini menyantuni organisasi yang menjadi tempat beliau mencari rezeki sejak berusia sekitar 18 tahun.
Mohd Wahid mula bertugas dengan Bernama pada 20 Nov,1976. Nombor pekerjanya 157. Pada masa itu, Bernama beroperasi di Wisma Belia, Jalan Syed Putra.
Gaji permulaan di bawah kategori pembantu am rendah RM120 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM30.
Ramai akan merasakan ketiadaan “Wak” yang tinggi budi pekertinya.


“Sebak aku salam dgn wak wahid.. 26 tahun berkawan dgn wak.. Seorang yg saya belum pernah nampak dia marah.. Sentiasa tenang.. Berbincang pun mudah.. Semoga wak wahid sentiasa diberikan kesihatan yg baik dn dirahmati Allah.. Aamiiinn.. Kurang dah sorg lagi jemaah surau bernama.. Huhuhu”, kata Ramdhan Ramli.
Begitu juga dengan Akmal Hakim.
"Selamat bersara dan selamat ulang tahun kelahiran yg ke 60..
Smoga pnjg umur dan dimurahkan lagi rezeki.. Rindu2kanlah kami disini... Jumpa lagi wak.. Wak lagend bernama.. 42 tahun setia pada 1 department... Salute TokOne Wak," katanya.
Mohd Wahid pernah menyatakan  hasrat untuk membuka gerai menjual minuman termasuk cendul selepas bersara.
Pesanan khususnya untuk anak muda, " kita perlu ada sifat sabar; sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
"Bagi saya, apa pun pekerjaan yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik; insya-Allah kita boleh meningkat maju," katanya.

Thursday, 19 July 2018

MB Perak kunjungi Bernama...


Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berada di Wisma Bernama hari ini untuk ditemubual oleh Bernama Radio.
Beliau turut ditemui Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zulkefli Salleh selepas program radio berkenaan.
Ahmad Faizal memberitahu Bernama bahawa beberapa projek berkos tinggi di Perak yang diumum kerajaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lepas akan dikaji semula.
Tanpa menamakan projek-projek berkenaan, beliau berkata kerajaan negeri berpendapat peruntukan bagi sesetengah projek yang diumumkan itu baik digunakan untuk pembangunan lebih seimbang merangkumi kesemua daerah.
"Kita dapati beberapa projek mega (di Perak) diumum pentadbiran dahulu memakan belanja begitu besar ...bagi pihak kerajaan negeri, kami memikirkan jika kerajaan Persekutuan ingin membuat perbelanjaan begitu besar, kita mahu ia digunakan untuk pembangunan di kawasan lain juga mengikut keutamaan," katanya.
Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri akan berbincang mengenai projek-projek berkenaan dengan kerajaan Persekutuan bagi menentukan hala tuju pembangunan negeri.
"Dalam keadaan negara terbeban dengan begitu banyak hutang, masalah yang kita warisi daripada pentadbiran sebelum ini, maka kita hari ini perlu lebih bertanggungjawab dalam setiap sen kita nak belanjakan, ia mesti dibelanjakan dengan memikirkan kepentingan rakyat dan ikut kemampuan kita," katanya.
-- BERNAMA

Tuesday, 17 July 2018

Jangan salahkan media kalau beri maklumat tak tepat

Ahli politik dan pemimpin kerajaan tidak sepatutnya menyalahkan laporan media jika mereka sendiri memberikan maklumat yang tidak tepat, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden Parti Amanah Negara itu berkata pemimpin kerajaan dan ahli politik harus memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada media adalah tepat supaya persepsi masyarakat terhadap kerajaan tidak negatif.
"Saya selalu beritahu kepada kawan-kawan saya, kalau kita bercakap mengenai perkara yang kita sendiri tidak tahu, itulah yang mendedahkan kepada salah laporan atau ada ruang orang 'spin' berita atau kenyataan yang kita buat," katanya pada sesi jalinan mesra bersama pengamal media termasuk dari Kelab Media Putrajaya di Cyberjaya hari ini.
Mahfuz yang baharu mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 2 Julai lepas, berkata pihak media juga harus berani dalam membuat laporan bagi memastikan pengurusan kerajaan baik dan telus.
"Pihak media mesti buang ketakutan kepada orang politik, mesti berani lapor apa yang dirasakan tidak betul dilakukan orang politik," katanya.
Mahfuz berkata media harus mempunyai kebebasan sendiri selaras dengan konsep pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang diamalkan di negara ini, selain menganggap media adalah elemen keempat kepada konsep pemisahan kuasa itu.
"Walaupun ia tidak ditulis di dalam konsep itu, hakikatnya media memainkan peranan bagi memastikan pengurusan kerajaan berjalan dengan betul.
"Tetapi syaratnya media harus melaporkan berita dengan tepat dan betul," katanya.
Untuk itu, katanya media harus melaporkan berita berdasarkan penyiasatan dan mengelak daripada melaporkan berita bersifat khabar angin.
"Barulah berita yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi dan sudah tentu ia tidak akan menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak," kata Mahfuz.
-- BERNAMA

Monday, 16 July 2018

Eddin Syazlee meriahkan Majlis Ramah Mesra Bernama...

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith hari ini memeriahkan Majlis Ramah Mesra bertemakan Hari Raya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang disambut dalam suasana sederhana, namun penuh dengan pelbagai juadah Aidilfitri.
Beliau bersama isteri, Dr Nurul Azlin Ibrahim tiba pada kira-kira 2 petang dan disambut warga Bernama.
Eddin Syazlee dan isteri mengambil peluang beramah mesra bersama kakitangan Bernama dan pelanggan agensi berita nasional tersebut sambil menikmati pelbagai juadah antaranya lemang, sate, rendang, nasi beriani, laksa, kuih-muih dan buah-buahan segar tempatan.
Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Wisma Bernama sejak dilantik sebagai timbalan menteri.
Majlis itu turut dihadiri oleh para pesara Bernama.
Ditanya mengenai juadah pilihannya hari ini, Eddin Syazlee yang berbaju Melayu berwarna hitam dan bersampin itu dengan ringkas sambil tersenyum menjawab, "Pastinya rendang. Sedap.”
Anggota Parlimen Kuala Pilah itu meluang masa kira-kira setengah jam sambil berswafoto dengan hadirin sebelum meninggalkan majlis kira-kira 2.30 petang.
Terdahulu, beliau menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pagi ini.
--  BERNAMA

Saturday, 14 July 2018

The old bicycle shop...


Economic News Service journalist Niam Seet Wei won a consolation prize under the Best News Portal Report category at the Malaysian Press Night 2018 and presentation of the 2017 Malaysian Press Institute (MPI)-Petronas Journalism Awards in Kuala Lumpur last night. She earned RM1,000 and a certificate.
The following article “Old bike shop Choo Ho Leong spurred by renewed interest in cycling” released on Aug 29, 2017 was among three reports she submitted for the competition.

Renewed interest in cycling has witnessed a thriving business among bicycle shops in the outskirt of the capital.
In Rawang, a small town just to the northeast of Kuala Lumpur, about 10 bicycle shops are capitalising on the dramatic rise of cycling and ride-sharing – a new craze in the capital.
One of the bicycle shops, which passed through generations unscathed, was the 77-year-old Choo Ho Leong in Jalan Bandar Rawang 2 in Rawang, home to over 120,500 people.
Opened in 1940, it built its reputation over the years through hard work, service and quality products. It has gone through difficult times when the bicycling business was regarded as a sunset industry in 1980s.
Its present owner, Mah Swee Meng, 66, the oldest of 10 siblings, took over the shop from his father, Mah Kim Soo who passed the baton to him after 23 years.
The senior Mah set up the shop upon arrival to the then Malaya from China’s Fujian Province during the second Sino-Japanese War between 1937 and 1945.
Now it is a good time to be in the bicycling business, prompted by deep interest in cycling, as well as the phenomenal growth of bike-sharing which has made its way to the capital.
The business is riding on the wave of cycling craze despite competition from big retailers, supermarkets, hypermarkets and online platforms.
For Swee Meng, he had to give up schooling when his father asked him to take over the shop.
“I had to drop out of school when I was in Form Three. In a traditional family, the oldest son has to bear the responsibility of looking after the family.
“So, my father stopped me from schooling and insisted that I inherited the business,” said Swee Meng, who is aided by his son, Mah Chung Siang, 42, and daughter-in-law in running the shop.
Reminiscing the past, Swee Meng said bicycles were not expensive then, as most of their parts and frames were locally made, while only a handful were imported from Japan, Taiwan and India.
When China began to open up its economy in 1978, he said local factories producing bicycles and its spare parts and frames were eventually pushed out of business due to rising costs as they could be imported from China at cheaper prices.
“Made-in-China items were then 30 per cent to 40 per cent cheaper than the locally-made ones, and now, more than 80 per cent of the items in my shop are sourced from China,” he said, adding that bicycle designs from China were also quite modern.
Swee Meng said of late, Malaysian cycling enthusiasts, especially young people were motivated by quality, so they were willing to spend thousands of ringgit to buy a bike of their choice, as well as safety equipment such as helmets, gloves, and knee and elbow pads.
During the booming period three years ago, he said the Choo Ho Leong bicycle shop could sell more than 30 luxury bikes – an exceptional scenario in Rawang.
“I had never imagined that demand for expensive bikes could be so overwhelming, as the bicycle industry was once described as a sunset industry by a local Chinese newspaper,” he said, adding that in 1980s sales dropped as people spent so much money on cars and motorcycles.
“Now, the bicycle industry has revitalised due to rising ridership as youths and health conscious people are turning to cycling, while bike-sharing is gaining popularity in the city,” he said.
On the contrary, his son, Chung Siang expressed concern over the challenges confronting them as higher demand meant stiffer competition, as they had to face up to nearly 10 bicycle shops sprouting in the small town since the last decade besides supermarkets and online platforms.
“However, we bank on our service, repair and maintenance. We service and repair all kind of bicycles, ranging from mountain bikes to regular bikes, electric bikes, old bikes, and even wheelchairs,” he said.
Occasionally, one or two customers would ask the Choo Ho Leong bicycle shop to restore their vintage bikes from the British colonial era, he said, adding that, “The skills in restoring old bikes made us irreplaceable, and we are likely the only one in town that are able to do this.
”We are thinking of selling our bikes online to widen our customer base, but the price war and lack of understanding of the digital world made us take a step back. The steep competition will slash profit margin. We are still studying it,” he said.
-- Bernama


Friday, 13 July 2018

Ruang subur untuk kebebasan akhbar...


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjamin akan memberi ruang untuk menyuburkan kebebasan media di negara ini, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Malaysia kini melalui transisi politik untuk menjadi sebuah negara demokrasi matang dan media memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan objektif itu.
Katanya,kerajaan hari ini juga lebih bersahaja serta bersedia untuk menerima kebebasan media.
"Wartawan tak perlu risau akan menerima panggilan daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri) atau daripada menteri-menteri lain.
"Buat lagi debat pun tak larang. Harap tak ada editor yang akan dipanggil hanya kerana gambar yang diguna kurang menarik," katanya pada Malam Wartawan Malaysia 2018 dan Penyampaian Anugerah Kewartawan Malaysia 2017 MPI-Petronas 2017 di ibu negara malam ini.
Saifuddin, yang juga ketua setiausaha sekretariat PH, berkata media di Malaysia juga harus sama-sama memainkan peranan dalam memberi dan meningkatkan pendidikan politik kepada rakyat negara ini.
Katanya, ini merupakan satu aspek penting dalam usaha mematangkan politik dan demokrasi di Malaysia.
Katanya, proses itu harus disokong dan didokong oleh seluruh rakyat Malaysia, kerana rakyat jugalah yang akan merupakan pemenang dalam sebuah negara yang mengamalkan politik demokrasi matang.
HKM MPI-Petronas 2017 menyaksikan pasukan wartawan daripada akhbar ‘ The Star’  dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kajai menerusi laporan mereka bertajuk ‘The Student Trafficking Trade’.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sijil dan trofi.
Sementara itu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut memenangi tiga hadiah dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil setiap seorang.
Wartawan Perkhidmatan Meja Berita Ekonomi, Niam Seet Wei memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Laporan Portal Berita Terbaik menerusi laporannya bertajuk ‘Old bike shop Choo Ho Leong spurred by renewed interest in cycling’, ‘Raise tax relief to boost insurance penetration rate’ dan ‘ Bursa Malaysia concludes 2017 on GHD note’.
Wartawan Bernama Radio, Ahmad Fawzan Azmie Abdul Halil dan Nurliyana Farhah Ruslan turut memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Laporan Radio Terbaik masing-masing menerusi laporan bertajuk ‘Ampang Park: Sayonara’ dan ‘Tapak Pembinaan: Lubang Maut’.
Sementara itu, Pengarang Urusan Kanan, ‘The Borneo Post’, Francis Chan dan ketua pengarang ‘The Edge’  Azam Aris dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Juri.
Mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan trofi setiap seorang.
Sebanyak 20 kategori dipertandingkan  tahun ini, antaranya, Infografik Terbaik, Kartun Editorial Terbaik, Laporan Berita Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Laporan Portal Berita Terbaik, Foto Esei Cemerlang dan Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang.
Pertandingan anugerah MPI-Petronas 2017, anjuran Institut Kewartawanan Malaysia (MPI), menerima 349 penyertaan, berbanding 216 penyertaan tahun sebelumnya.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya, tokoh wartawan Datuk A. Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin serta Ketua Juri Hakim Anugerah, Datuk Yong Soo Heong, bekas Pengurus Besar Bernama. 
-- BERNAMA

Thursday, 12 July 2018

Kertas kerja gabungan Bernama-RTM diserah sebelum hujung bulan

Bernama dan RTM diarah menyerahkan kertas kerja cadangan penggabungan kedua-dua organisasi itu menjelang hujung bulan ini, sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Menyifatkan penggabungan itu agak 'kompleks' beliau, bagaimanapun menjamin semua aspek penting antaranya jumlah pekerja, kos dan saluran berita akan diteliti sepenuhnya sebelum apa jua keputusan dibuat.
"Misal kata kalau kita ada gabungan, siapa bertanggungjawab kumpul maklumat dari segi berita, siapa bertanggungjawab dari segi siapkan proses siaran berita,
"Ia juga melibatkan soal kita ada lebihan tenaga kerja...satu perkara penting untuk saya," katanya selepas selesai lawatan kerja ke tapak pembangunan Media City, di ibu negara hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM Abdul Muis Sheffi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Datuk Seri Syed Faisal Albar.
Gobind turut menjelaskan setakat cadangan penggabungan diumum hujung bulan lepas, beberapa siri perbincangan mengenainya telah dilaksanakan, dengan kedua-dua entiti media di bawah pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu menyuarakan banyak cadangan yang baik.
Beliau percaya gabungan yang dianggap akan membentuk sebuah 'Dapur Media' itu, akan dapat membiayai lebih banyak pelaburan untuk kandungan siaran, dengan lebihan dana hasil penjimatan kos pengurusan.
Terdahulu, beliau yang diberi taklimat mengenai status pembinaan Media City, berkata bahawa fasa pertama daripada tiga fasa, melibatkan pengubahsuaian pada bangunan sedia ada dijangka siap sepenuhnya September ini.
Bagi fasa kedua melibatkan kerja-kerja sama seperti fasa pertama, katanya dijangka siap pada Jun tahun depan dan fasa ketiga melibatkan urusan membina dan melengkapkan kemudahan baharu pula dijangka siap pada Jun 2020.
"Saya dimaklumkan kos sedia ada cukup untuk tampung pembinaan dan saya juga dimaklumkan mereka lebih awal dari jadual," katanya.
Media City yang dicadang kerajaan pada 2009, dibina di atas tanah seluas 27.11 hektar di Angkasapuri dan menelan belanja RM860 juta.
-- BERNAMA

Monday, 2 July 2018

Kerjasama Bernama-RTM tingkatkan produktiviti


Cadangan kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerusi Bernama News Channel (BNC) dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilihat dapat meningkatkan produktiviti dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan agenda dan aspirasi kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh berkata kedua-dua organisasi media itu mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dengan Bernama menghasilkan berita manakala RTM dalam bidang penerbitan dokumentari dan program.
"BNC menghasilkan berita audio visual untuk RTM manakala RTM menyiarkan program dan dokumentari untuk siaran BNC. Bernama dan RTM masing-masing akan terus kekal tetapi kerjasama ini melibatkan sumber di kedua-dua agensi digabungkan untuk meningkatkan kualiti produk," katanya selepas menyampaikan amanat sempena perhimpunan bulanan Bernama di Wisma Bernama hari ini.
Zulkefli berkata perkara itu yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, kini di peringkat perbincangan peringkat pegawai antara Bernama dan RTM dan akan dibentangkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pada minggu ini.
Khamis lepas, Gobind Singh berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengkaji secara mendalam cadangan penggabungan RTM dan Bernama yang mana jawatankuasa itu merangkumi pihak daripada pelbagai latar belakang untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan penggabungan dua entiti media di bawah kementerian itu.
Sementara itu, Zulkefli dalam amanatnya mengingatkan petugas untuk melaporkan berita-berita positif mengenai dasar dan program kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih bertoleransi antara satu sama lain.
-- BERNAMA