Beliau
berkata ia sebagai mengiktiraf peranan
para wartawan dalam mencorak dan membentuk minda masyarakat.
"Kerajaan
telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional disambut pada
29 Mei setiap tahun sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada
29 Mei 1939," katanya ketika melancarkan Hawana yang julung kali diadakan di ibu negara hari ini.
Terdahulu,
Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hawana, Datuk Zulkefli
Salleh membacakan Deklarasi Hawana 2017/2018 yang antara lain bersetuju
menetapkan 29 Mei sebagai tarikh tetap sambutannya pada setiap tahun.
Turut
hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri
Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha KKMM Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed
Ahmad, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Bernama
Datuk Zakaria Abdul Wahab .
Kira-kira
seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta beberapa anggota ASEAN
berhimpun pada sambutan julung kali Hawana 2018.
Bertemakan
'Membela Bangsa, Membina Negara', penganjuran Hawana bertujuan mendapatkan
pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam
membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Dalam
pada itu Najib berkata kerajaan turut menyambut baik Deklarasi Hawana untuk
memerangi berita tidak benar dalam mengekang dan membendung isu penyebaran
maklumat palsu.
Beliau
berkata ini berikutan konsep "siapa sahaja boleh menjadi wartawan"
telah menjadi satu trend akibat ledakan kemajuan teknologi maklumat dan
internet.
"Perkara
ini telah menjadi kebimbangan kepada masyarakat kerana wartawan warga ini
(netizen) sebenarnya merupakan mereka yang menjalankan tugasan kewartawanan
tanpa latihan asas.
"Mereka
sering pula menjadi penulis maya dan menulis sesuatu hanya berdasarkan persepsi
serta pemahaman sendiri tanpa merujuk atau mendapat pengesahan terlebih dahulu
tentang sesuatu berita atau isu."
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment