Ketua
Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah membuat laporan tersebut di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Berdasarkan
laporan tersebut, Zalina Maizan berkata beliau menerima maklumat mengenai
berita palsu itu kira-kira 11.20 malam menerusi aplikasi WhatsApp daripada
beberapa kenalan.
“Selepas
menghubungi ibu pejabat di Kuala Lumpur saya telah menyiarkan berita yang
menafikan berlaku penangguhan pengumuman calon bagi mengelak kekeliruan orang
ramai,” katanya selepas membuat laporan tersebut.
Katanya
laporan itu juga dibuat untuk
membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Berita Tidak Benar 2018 dan menahan
mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
"Perbuatan
tersebut ternyata menjejaskan nama baik Bernama sebagai sebuah agensi berita
yang berwibawa dan telus," katanya.
Laporan
palsu yang dikatakan ditulis oleh Benama itu menyebut bahawa BN Terengganu
telah menangguhkan pengumuman calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan
raya umum ke-14, yang dijadualkan diumumkan hari ini.
Berita
palsu tersebut turut menamakan Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Jailani
Johari sebagai sumber berita yang mengatakan bahawa makluman penangguhan
tersebut telah mendapat persetujuan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN
Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment