Thursday, 26 April 2018

Jalan Bernama now a reality...

Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor has approved the suggestion from the Malaysian National News Agency (Bernama) to rename Jalan 1/65A off Jalan Tun Razak as Jalan Bernama.
Bernama chairman Datuk Seri Azman Ujang said the letter of approval was received today and he first made the announcement to members of the agency's Board of Governors at their meeting this morning.
“The board members warmly welcomed the good news and expressed deep gratitude to Tengku Adnan for his historical decision,” he said.
Bernama’s headquarters, Wisma Bernama, was the first high-rise building to be built along the road and the news agency has been operating from the facility since 1984.
Other buildings, including the National Library, came up much later.
Azman made the suggestion for the name change in his speech during a gala dinner to mark Bernama's 50th anniversary last year.
This was followed by a meeting in March this year by a team from Bernama with Tengku Adnan and a letter to him to formalise the application.
“At the meeting, the minister assured us that he would favourably consider the suggestion. Tengku Adnan is a man of his words and today we received the formal approval without much bureaucracy,” said Azman.
Meanwhile, the lane adjacent to the newly renamed Jalan Bernama, Jalan 2/65A, has also been renamed Lorong Bernama.
An official from Kuala Lumpur City Hall (DBKL) when contacted said immediate action would be taken to replace the old road-signs to Jalan Bernama and Lorong Bernama.
Azman  described the road named after Bernama as the “most fitting” gift and recognition to all past, present and future staff of Bernama and a legacy for the news agency’s contributions in nation-building over the past five decades.
“We are forever grateful to the government for this,” he added.
-- BERNAMA

Monday, 23 April 2018

Pengerusi adakan pertemuan dengan pencuci pejabat...



Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang mengadakan pertemuan ‘’hi-tea’’ dengan para pencuci pejabat di Wisma Bernama petang ini.
Selain meraikan mereka, majlis itu bertujuan membolehkan beliau mengenali lebih rapat dan bertukar pandangan dengan mereka.
Datuk Seri Azman mengucapkan terima kasih kepada para pencuci yang berjumlah 17 orang kerana khidmat mereka membersih ruang pejabat Bernama.
Turut hadir Pengurus Bahagian Harta Puan Hasni Farlina Abd Hasim, Pegawai Tadbir Shahrul Azim Rambli, penyelia bangunan Encik Mohd Noor dari Bahagian Harta serta Encik Shah Iswandy, penyelia syarikat berkenaan Ellyman Resources.



.

Sunday, 22 April 2018

Bernama buat laporan polis berhubung berita palsu...

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu berkaitan pengumuman calon Barisan Nasional (BN)  Terengganu yang tular di laman sosial semalam.
Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Berdasarkan laporan tersebut, Zalina Maizan berkata beliau menerima maklumat mengenai berita palsu itu kira-kira 11.20 malam menerusi aplikasi WhatsApp daripada beberapa kenalan.
“Selepas menghubungi ibu pejabat di Kuala Lumpur saya telah menyiarkan berita yang menafikan berlaku penangguhan pengumuman calon bagi mengelak kekeliruan orang ramai,” katanya selepas membuat laporan tersebut.
Katanya laporan itu juga dibuat  untuk membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Berita Tidak Benar 2018 dan menahan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
"Perbuatan tersebut ternyata menjejaskan nama baik Bernama sebagai sebuah agensi berita yang berwibawa dan telus," katanya.
Laporan palsu yang dikatakan ditulis oleh Benama itu menyebut bahawa BN Terengganu telah menangguhkan pengumuman calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14, yang dijadualkan diumumkan hari ini.
Berita palsu tersebut turut menamakan Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Jailani Johari sebagai sumber berita yang mengatakan bahawa makluman penangguhan tersebut telah mendapat persetujuan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA

Durga bids farewell...

General Manager Datuk Zulkefli Salleh thanked Durga for
her long service after a management meeting on Friday
By Azlee Nor Mahmud

Today marks the last day in office of Bernama Deputy Editor-in-Chief, Economic News Service (BES) S. Durga Varma after serving the organisation for nearly 40 years.
She was appointed to the post on March 14, taking over from Nor Faridah Abdul Rashid who retired a day earlier.
Lauded as the country’s first commodities reporter, Durga served the national wire service for her entire career.
Joining Bernama on Jan 1, 1979, she began her career at the general news service, covering court and crime, and was transferred to BES which was then headed by Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
At BES, Durga was assigned to the commodities beat at the time the Ministry of Primary Industries proposed the setting up of the Kuala Lumpur Commodity Exchange (KLCE), which traded the crude palm oil (CPO) futures contract -- the first in the world -- in 1980.
She kept tabs on the development of the exchange every step of the way since its inception.
"There was no other exchange for CPO futures trading which served as a price reference point for other international exchanges, especially the Chicago Board of Trade, which traded soybean futures. Palm oil is the closest substitute to soybean oil,” she said in an interview.
Durga said Indonesia, being the world’s second largest palm oil producer then, had no inkling of how to develop a palm oil futures exchange, she said.
"The experience put me in good stead in developing the writing of commodity futures reports -- CPO, RBD palm olein, tin, rubber and cocoa. Having developed an interest for the commodity industry, I also focused on the development in the timber, pepper and pineapple industries.
“I was covering the commodity industry for 18 years before I was asked by Executive Editor then, Chan Kwan Hoi to take on the finance beat as I was covering one beat far too long.
“The finance beat was where I developed the ringgit, interbank and money market reports which are all being written until today for the use of the local media,” she added.
One of the highlights of covering the commodity exchange was the fiasco involving CPO market reports, she said, adding that, trading was halted on the KLCE market for eight months over settlement issues which had to be ironed out before trading could resume.
“Having had to learn the rudiment of covering the market, I had to do a lot of reading as there were a lot of terminologies to learn, as the dealers took for granted that I understood everything. Some of them were extremely helpful and accommodated my enquiries.
“I used to mingle with them (dealers) after trading hours just to establish contacts. This went a long way towards helping me establish good working relationship with traders who always alerted me as and when there were new developments in the industry,” she said.
Durga said in 1986, the palm oil industry came under fire by a smear campaign, prompting Malaysia to formulate a hard-sell international campaign to douse the sceptics on misconceptions of the commodity.
The initiative was led by Primary Industries Minister then, the late Tun Dr. Lim Keng Yaik, who had to ask research institutions to conduct studies on palm oil in order to get independent views on the commodity nutritional values.
Other misconceptions included the clearing of massive lands, thus destroying animal habitats and the ecosystem, resulting in animals becoming extinct. In fact, Malaysia is one of the few countries with natural reserves of 56 per cent.
For Durga, one of her memorable experience was following Economic Adviser to the Government then, Tun Daim Zainuddin on his working visit to Sri Lanka.
“I had the rare opportunity of interviewing DRB-HICOM Chairman then, the late Tan Sri Yahaya Ahmad, who was among captains of industry accompanying Daim, in midair.
“After the interview, Yahaya invited me to go into the cockpit of the plane with him and asked for the pilot permission. The view was breathtaking as the plane approached the runway for landing," she said.
Durga was seconded to Bernama TV to produce the English news bulletins from 2002 to 2008.
"It was totally a new experience trying to fit so much news in a 30-minute news bulletin, but it was a satisfying experience when you see your news ‘on air’ with your name in the ending credits," she said.
In 2008, she returned to BES as Deputy Chief Sub-editor (English) before becoming Chief Sub-editor and eventually Deputy Editor-in-Chief of the service.
Reflecting on her experience in journalism, she said reporters of yesteryears took down notes and referred to their tape recorders to double check on quotes.
“We used to send stories to the office using coin-operated public phone and usually filed the stories within 30 minutes after the assignments. But with the advancement of technology, reporters now depended too much on technology.
“Speed was of essence then which young reporters of today should observe by not relying too much on tape recorders.
“Reporters need to understand the subject matter, as when you are informed of the subject matter, you are able to ask intelligent questions,” she said.
On Bernama’s journalism ethics, she said: “First and foremost, the biggest responsibility is to uphold the organisation's good name as it is a well-established media organisation in the region.”
-- BERNAMA



Wednesday, 11 April 2018

Tunku Abdul Rahman dianugerah tokoh HAWANA pertama

Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini diangkat sebagai penerima pertama anugerah Tokoh Hari Wartawan Nasional (Hawana) bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau membangunkan serta memajukan bidang kewartawanan.
Anugerah yang julung kalinya diperkenalkan pada pelancaran sambutan Hari Wartawan Nasional 2017/2018 itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada cucunda Almarhum, Tengku Rozani Tengku Ahmad Nerang di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini.
Selaku Perdana Menteri Malaysia pertama dan Menteri Penerangan pertama, Almarhum Tunku semasa hayatnya berjaya meletakkan asas kepada perkembangan media elektronik dan media cetak negara selain aktif dalam bidang penulisan.
Semasa menyandang jawatan Menteri Penerangan dan Penyiaran Malaysia (1961-1964), Almarhum banyak memainkan peranan mengukuhkan kedudukan radio dan televisyen sebagai badan penyiaran yang dikagumi dan dihormati.
Almarhum menjadikan Radio Malaysia sebagai sumber berita, maklumat dan hiburan bagi rakyat lantas memantapkan siaran radio dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil serta stesen radio di negeri-negeri.
Almarhum Tunku amat menyedari bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan terletak kepada penyampaian maklumat yang tepat dan cepat, melalui saluran media cetak dan media elektronik, terutama radio ketika itu.
Almarhum turut mengasaskan penubuhan South East Asia Press Centre, pada 29 Sept, 1966, yang menjadi institusi latihan untuk para wartawan kadet Malaysia dan wartawan negara-negara Asia Tenggara.
Pada 1974, South East Asia Press Centre ditukar nama menjadi Malaysian Press Institute.
Almarhum Tunku juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melalui penggubalan Akta BERNAMA, dan melancarkan agensi itu di bangunan Parlimen pada 30 Ogos, 1967.
Minat Almarhum dalam dunia kewartawanan terus kekal selepas tidak lagi menjadi perdana menteri apabila menerima pelantikan sebagai Pengerusi Kumpulan The Star Media pada 1977 dan aktif sebagai penulis kolum akhbar itu, mengupas isu-isu semasa, selain menceritakan pembabitannya dalam bidang politik dan urusan kerajaan.
Almarhum terus aktif menulis di ruangan khas Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star sehinggalah berusia 85 tahun.
Pada tahun 1969, Almarhum menghasilkan buku pertama berjudul May 13, "Before and After". Buku lain hasil karya Almarhum termasuk Viewpoints, Looking Back, As Matter of Interest, Something to Remember, Less We Forget dan Contemporary Issues in Malaysian Politics, Challenging Times dan Political Awakening .
Tiga karya tulisan Almarhum telah turut difilemkan iaitu "Mahsuri", "Raja Bersiung" dan "Sumpahan Mahsuri".
Di arena antarabangsa, Almarhum Tunku berjasa sebagai individu yang mencadangkan penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang kini dikenali sebagai Pertubuhan Kerjasama Islam dan telah dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Almarhum turut mengilhamkan penubuhan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi khusus dalam OIC serta penubuhan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai.
Almarhum Tunku menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955 sebelum memegang jawatan Perdana Menteri Malaya pada tahun 1959 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.
Diputerakan di Alor Setar, Kedah pada 8 Feb 1903, Tunku meninggal dunia pada 6 Dis, 1990.
-- BERNAMA





Hari Wartawan Nasional 29 Mei ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Hari Wartawan Nasional (Hawana) akan disambut pada 29 Mei bermula tahun depan.
Beliau berkata ia sebagai mengiktiraf  peranan para wartawan dalam mencorak dan membentuk minda masyarakat.
"Kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional disambut pada 29 Mei setiap tahun sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939," katanya ketika melancarkan Hawana yang julung kali diadakan di ibu negara hari ini.
Terdahulu, Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap Pengerusi  Jawatankuasa Induk Hawana, Datuk Zulkefli Salleh membacakan Deklarasi  Hawana  2017/2018 yang antara lain bersetuju menetapkan 29 Mei sebagai tarikh tetap sambutannya pada setiap tahun.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha KKMM Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab .
Kira-kira seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta beberapa anggota ASEAN berhimpun pada sambutan julung kali Hawana 2018.
Bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Negara', penganjuran Hawana bertujuan mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Dalam pada itu Najib berkata kerajaan turut menyambut baik Deklarasi Hawana untuk memerangi berita tidak benar dalam mengekang dan membendung isu penyebaran maklumat palsu.
Beliau berkata ini berikutan konsep "siapa sahaja boleh menjadi wartawan" telah menjadi satu trend akibat ledakan kemajuan teknologi maklumat dan internet.
"Perkara ini telah menjadi kebimbangan kepada masyarakat kerana wartawan warga ini (netizen) sebenarnya merupakan mereka yang menjalankan tugasan kewartawanan tanpa latihan asas.
"Mereka sering pula menjadi penulis maya dan menulis sesuatu hanya berdasarkan persepsi serta pemahaman sendiri tanpa merujuk atau mendapat pengesahan terlebih dahulu tentang sesuatu berita atau isu."
-- BERNAMA

Deklarasi Hari Wartawan Nasional (HAWANA)...

Deklarasi bersempena sambutan julung kali Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2017/2018 yang berlangsung hari ini.
Deklarasi itu dibacakan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Hawana 2017/2018, Datuk Zulkefli Salleh pada majlis berkenaan yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia terhasil berdasarkan perbincangan antara pengamal media tempatan dalam satu sesi wacana yang dianjurkan bersempena majlis anugerah itu yang berlangsung di Dewan Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

1.Kami, para wartawan yang menjunjung tinggi prinsip-prinsip Rukun Negara dan Etika Kewartawanan menyedari bahawa di bahu kamilah terpikul tanggungjawab sebagai satu daripada tiang seri amalan Demokrasi Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak Merdeka oleh negara tercinta, Malaysia.
2. Kami menerima sebagai tanggungjawab utama kami untuk menyedarkan rakyat terhadap amalan murni demokrasi, memacu penglibatan segenap lapisan masyarakat dalam proses pembangunan ke arah kemajuan dan bertoleransi mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
3. Demi Malaysia yang tercinta, kami dengan ini memahatkan ikrar untuk terus memikul tugas dan amanah dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti. Dengan ini kami berikrar;
i. Dengan penuh amanah akan melaksanakan tugas memaklumatkan rakyat dengan berita-berita yang benar semata-mata, berdasarkan fakta dan data yang jelas dan nyata.
ii. Kami akan memerangi habis-habisan sebarang berita palsu yang direkayasa, yang mengancam keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.
iii. Kami berpegang teguh kepada Etika Kewartawanan, berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia, menjunjung ajaran agama dan menjaga nilai serta adab budaya masyarakat.
4. Kami sepakat dan bersetuju untuk berbincang akan penubuhan Majlis Media Malaysia bagi memastikan kami sentiasa mematuhi dan menghormati hak-hak setiap warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sepanjang membuat laporan dan liputan berita.
5. Kami sepakat dan bersetuju menetapkan 29 Mei sebagai tarikh tetap sambutan Hari Wartawan Nasional pada setiap tahun. Tarikh keramat ini sekali gus akan sentiasa mengingatkan kami tentang ikrar yang telah terpahat di hati dan nurani kami.
"Wartawan Membela Bangsa, Membina Negara"
-- BERNAMA

Tuesday, 10 April 2018

Yakini media arus perdana...


Masyarakat seharusnya yakin dan percaya kepada media arus perdana dalam mendapatkan maklumat, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.
Beliau berkata masyarakat tidak sepatutnya mempercayai sepenuhnya pada 'berita' yang disebarkan di media sosial, sebaliknya perlu menilai kesahihan maklumat tersebut.
"Walaupun maklumat yang disebarkan di media sosial lebih pantas daripada media perdana, masyarakat perlulah lebih berhati-hati kerana 'wartawan' di media sosial ini tidak mengamalkan etika seperti yang diamalkan pengamal media.
"Jadi, kita juga mahu mereka yang mengambil alih profesion wartawan ini mengamalkan etika kewartawanan agar perpaduan yang kita bentuk selama ini kekal," katanya semasa menjadi tetamu program Nine-11, terbitan Bernama News Channel hari ini.
Beliau turut melahirkan rasa bimbang memandangkan penyebaran berita tidak sahih akan menjejaskan perpaduan yang sudah sekian lama dibentuk di negara ini kerana media juga berperanan dalam pembentukan perpaduan dan menjaga sensitiviti masyarakat.
Mengenai pelancaran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 yang akan berlangsung di Dewan Pameran dan Konvensyen Matrade esok, beliau mengharapkan ia terus menjadi acara tahunan bagi memberi pengiktirafan kepada pengamal media.
"Kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (ke majlis pelancaran itu) esok, secara tidak langsung (menunjukkan) para wartawan turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan," katanya.
Bertemakan 'Wartawan Membela Bangsa, Membina Negara', antara tumpuan sambutan Hawana ialah mengisytiharkan deklarasi yang akan menggariskan hala tuju kewartawanan dan industri media negara.
-- BERNAMA

Wednesday, 4 April 2018

Masyarakat perlu masa untuk fahami RUU antiberita tidak benar...

Masyarakat memerlukan masa untuk memahami Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan di Dewan Negara, semalam.
Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh berkata kurang kefahaman adalah antara punca segelintir pihak menolak pelaksanaan undang-undang itu.
"Mungkin apa yang berbeza ialah tafsiran tentang apa itu 'berita tidak benar' tetapi undang-undang ini diperlukan untuk mengekang berita palsu yang kini semakin berleluasa,” katanya sebelum program Ruang Bicara yang membincangkan topik Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Wisma Bernama hari ini.
Katanya, beliau yakin hakim mahkamah akan menggunakan kebijaksanaan mereka dalam membuat keputusan dalam kes-kes melibatkan berita palsu.
Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Ishak, yang turut menjadi panel program tersebut, berkata dakwaan pelaksanaan undang-undang itu akan mengekang kebebasan media adalah tidak benar sama sekali.
"Jika kita lihat, negara-negara maju seperti Jerman dan Perancis sudah meluluskan undang-undang ini bagi memerangi berita palsu.
"Perspektif bahawa kebebasan media akan tersekat dengan adanya undang-undang ini ialah 'double standard'. Kini, hari-hari kita menerima lambakan berita palsu, dan tanpa undang-undang ini, kebenaran akan tenggelam," katanya.
Beliau berkata media cetak kini terpaksa bersaing dengan media sosial kerana masyarakat sekarang lebih bergantung kepada teknologi berbanding kertas fizikal, sekali gus membuka ruang yang lebih luas untuk tersebarnya berita palsu.
Katanya, terdapat kajian yang menyatakan berita palsu tersebar 70 peratus lebih meluas berbanding berita sahih.
Sementara itu, Zulkefli, berkata Hawana yang akan berlangsung pada 11 April ini akan mengetengahkan elemen kewartawanan bertanggungjawab dan pada masa yang sama meraikan semua wartawan tanpa mengira latar belakang organisasi media.
"Hawana yang julung kali diadakan turut melihat kebajikan wartawan dan menjadi platform untuk mendidik masyarakat terutamanya generasi muda untuk lebih memahami proses penyebaran berita," katanya.
Hari Wartawan Nasional, bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Negara', dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, di sini, diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan pengamal media di negara ini.
-- BERNAMA


Hawana 2018 diharap jadi pemangkin penubuhan Majlis Media Malaysia

Penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 diharap menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia, kata Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.
Beliau berkata cadangan penubuhan badan itu telah lama diperjuangkan warga media tempatan namun sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.
"Kita menggunakan kaedah rundingan dengan pihak berkenaan mudah-mudahan Majlis Media akan wujud dan berperanan sebagai badan pengawal selia media," katanya.
Zulkefli ditemu bual mengenai penganjuran Hawana, yang julung kali akan diadakan pada 11 April, dalam program Selamat Pagi Malaysia siaran RTM1 hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata badan itu antara lain dicadang boleh mengambil tindakan bagi kes-kes kecil melibatkan media jika aduan diterima, manakala bagi aduan lebih serius, ia dibawa ke mahkamah.
Dalam pada itu, beliau berkata idea menganjurkan Hawana tercetus dalam kalangan rakan-rakan pengamal media tempatan seperti yang dianjurkan Indonesia melalui Hari Pers Nasional (HPN) yang menyaksikan edisi 2018 dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo, Februari lalu.
"Kita sering dijemput ke sana untuk meraikan HPN mereka dan dari situ keinginan untuk mengadakan sendiri Hawana timbul dan ini turut disokong Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak," jelas Zulkefli.
Beliau berkata sambutan Hawana juga bertujuan meraikan dan mengiktiraf peranan pengamal media dalam mencorak sebuah masyakarat dan negara demokrasi melalui berita berpaksikan kepada kebenaran dan kebebasan maklumat yang disampaikan secara beretika dan teratur.
Sebagaimana profesion dan kumpulan lain yang misalnya meraikan Hari Guru, Hari Wanita dan Hari Polis, peranan pengamal media dalam lembaran kehidupan dan sejarah negara juga wajar dirai dan diiktiraf pada majlis yang seumpamanya, katanya.
Beliau menjelaskan bahawa antara pengisian Hawana ialah majlis wacana melibatkan editor dan pemilik entiti media serta penyampaian Anugerah Hawana iaitu hadiah berprestij bagi mengiktiraf tokoh atau institusi yang banyak berjasa dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Aktiviti santai seperti boling akan turut diadakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual hadir pada Hari Wartawan Nasional 2018 dan seterusnya menyampaikan anugerah sempena sambutan itu yang bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Negara' di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di ibu negara.
-- BERNAMA