Friday 9 May 2014

Mekanisme tingkatkan prestasi...

 Dua puluh -pegawai kanan Bernama dan wakil ketua bahagian bermesyuarat hari ini, dipengerusikan oleh Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong untuk membincangkan perlaksanaan program Kad Pengimbang Prestasi (Balance Score Card) di jabatan / bahagian masing-masing.  
Turut hadir Ketua Pengarang Datuk Zulkifli Salleh,   Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Antarabangsa Encik Ahmad Zukiman Zain,  Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran Encik S.Visvakumar merangkap Setiausaha Lembaga Pengelola Bernama dan beberapa Pengurus Kanan bahagian.
Menurut Datuk Yong,” this is another measurement how we can keep track of high performers and non-high performers”.
Sepertimana Anugerah Khidmat Cemerlang, ia merupakan satu lagi mekanisme untuk memberi ganjaran kepada petugas yang telah menunjukkan prestasi tinggi.
‘Kita tengok siapa yang belum dapat ganjaran, kita beri dia peluang’, katanya.
Jabatan Editorial yang merupakan nadi operasi Bernama menekankan tiga aspek utama iaitu pemberitaan strategik (strategic reporting), kecepatan berita yang disebarkan, dan pendekatan ‘zero defect’ dalam menghasilkan berita.
Perkhidmatan portal dan e-dagang pula mengambil kira aspek kecekapan, kreativiti dan inovasi dalam memastikan laman web bernama, bernama facebook menerima ‘hits’ dan ‘likes’ yang memberangsangkan jumlahnya, sebagai pengukur prestasi individu.
Bagi Bahagian Jualan Nasional, peningkatan hasil jualan perkhidmatan produk dan perkhidmatan Bernama selain semangat kerja berpasukan dan kecekapan petugasnya dalam mengekalkan pelanggan serta kemahiran mereka menyelesaikan kes-kes tunggakan hutang pelanggan merupakan elemen-elemen penting dalam penilaian markah.
Kejayaan melaksanakan Balance Scorecard di Bernama terletak di bahu semua petugas.
Seperti kata Pengurus Besar,”Get everyone on toes....from good to better ”.  Selaku agensi berita pertama di dunia yang menerima pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti (Lloyd's) ISO 9001:2000, Bernama bergerak dinamik ke arah transformasi petugas melalui pelbagai program seperti Balance Scorecard dan KPI.  

Tulisan dan Foto oleh Syed Khedher Ismail 

      
   

No comments:

Post a Comment