Monday, 11 December 2017

Bernama, Sputnik sign MoU on news exchange

The Malaysian National News Agency (Bernama) and Russia's Sputnik news agency today signed a memorandum of understanding on news exchange which open the opportunity for broader cooperation in the media sphere between the two countries.
The signing of the MoU at Bernama's headquarters, was witnessed by Russian Deputy Minister of Communications and Mass Media, Alexey Volin, who is on a three-day visit to Malaysia until Tuesday.
Bernama editor-in-chief, Datuk Zakaria Abd Wahab and Rossiya Segodnya media group Head of International Projects Centre, Vasily Pushkov signed the MoU on behalf of Bernama and Sputnik, respectively.
Sputnik, launched on Nov 10, 2014, by the Russian media group Rossiya Segodnya, is headquartered in Moscow with regional offices around the world such as the United States, China, France, Germany and the United Kingdom.
Volin described the MoU as the beginning of further and deeper cooperation, not only for Sputnik and Bernama, but also other Russian media organisations.
"Next, there will be opportunities on exchange of photos as both Sputnik and Bernama have large photo libraries with more than 1 million pictures. It will also be possible to exchange audio file for radio.
"Today, we also have representatives from RT, who are here for negotiations with Bernama about possible cooperation with Bernama News Channel on news exchange," he told Bernama after the signing.
Zakaria said the MoU provides more varieties of news for the Malaysian audience, as well as a great platform of bringing the Malaysian news stories to Russia and beyond, considering that Sputnik is one of the giants among world's media.
"A lot is being offered to Bernama through this MoU, not just with Sputnik, but also in the future with RT. In this context, this latest cooperation benefits Bernama, and is in line with its mission to internationalised the agency and its services," he said.
Zakaria added the cooperation also enables Bernama to bring latest information on the upcoming 2018 FIFA World Cup to be hosted by Russia from June 14-July 15, 2018.
The other member of the Russian media delegation include RT Head of International Cooperation Department, Karina Melikyan; RT Department of Network Distribution, Dmitry Povetkin; RUPTLY Adviser on Business Development, Igor Kolesnikov; and Second Secretary, Press Attache at the Russian Embassy in Malaysia, Maxim Salnikov.
Also present at the meeting for Bernama include deputies editor-in-chief Datuk Mokhtar Hussain (Domestic News Service), Ahmad Zukiman Mohd Zain (International News Service) and Nor Faridah Abd Rashid (Economic News Service).
-- BERNAMA

Sunday, 10 December 2017

Bernama set to ink cooperation deal with Russian news agency...

Bernama is set to sign a cooperation agreement with Sputnik, a Russian news agency at Wisma Bernama tomorrow.
Sputnik products include newsfeeds, websites, social networks, mobile apps, radio broadcasts and multimedia press centres.
Its headquarters is located in Moscow with regional offices situated in key regions and countries around the world, including the United States (Washington, DC), China (Beijing), France (Paris), Germany (Berlin), Egypt (Cairo) and the UK (London and Edinburgh).
The agency covers global political and economic news targeting an international audience.
The Sputnik brand was launched on November 10, 2014, by the Russian media group Rossiya Segodnya. Today, the editorial staff of Sputnik works in more than 30 languages, including English, Spanish, French, German, Arabic, Chinese, etc.
The total volume of Sputnik's radio broadcasts on websites and FM and DAB/DAB+ frequencies adds up to over 800 hours daily.
Sputnik newswire services work around the clock in English, Spanish, Arabic and Chinese.
Agency photographers work all over the world and have repeatedly received prestigious international awards in the field of photojournalism, such as the World Press Photo and Magnum Photography Awards. 
The agency has its own photo database, called Sputnik Images, through which it sells photo and video materials, as well as infographics.
Among other agency products are public opinion surveys published as Sputnik.Polls.
Sputnik International's predecessors are the state-run news agency RIA Novosti and the Voice of Russia radio service, which were disbanded in 2013.
Sputnik photo service relies on a worldwide network of photojournalists.

Saturday, 9 December 2017

Kunjungan PM ceriakan suasana...

Kunjungan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ke ruang operasi BERNAMA untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menceriakan para petugas BERNAMA.
Ketua Jurufotografi Zid Omar menceritakan mengenai detik itu.
“Sudah tentu saya dan semua 15 orang jurufotografi dan tiga penulis kapsyen merasa bangga kerana PM saban tahun akan singgah di Meja Foto untuk melihat hasil karya fotografi BERNAMA.
Tempat pertama yang PM singgah ialah di Meja Foto kerana kedudukan kami yang strategik di pintu masuk.
Kehadiran PM sudah tentu menceriakan semua petugas Bernama.
Beliau begitu sporting dan enjoy melihat foto-foto yang kami pamer sama ada di dinding mahupun pada layar desktop Mac.
PM begitu teruja melihat foto-fotonya yang bersahaja dan jelas penghasilannya sehingga Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab menyatakan penghasilan foto yang cantik itu adalah daripada upgrade teknologi kamera yang terkini.
PM turut memuji foto-foto yang dihasilkan.
Dia cakap cantik dan dia suka foto-foto yang saya tunjukkan.
PM spend masa lama juga melihat aksi dan gelagat foto-foto beliau bersama naib-naib presiden yang mesra dan bersesuaian dengan latar belakang merah yang menceriakan.
PM sudi tanda tangani dua keping foto sebagai kenangan Perhimpunan Agung UMNO 2017.
Pada perhimpunan kali ini, saya membawa lapan orang jurufotografi yang pertama kali membuat liputan persidangan Umno.
Ini bermakna lebih separuh orang baharu supaya mereka dapat menimba pengalaman dengan idea-idea baharu untuk menghasilkan foto yang berkualiti.” 

An opportunity for a rewarding career...


Friday, 8 December 2017

Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018...

Pengamal media tempatan di seluruh negara berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM90,000 yang ditawarkan menerusi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 (AMP CIDB 2018).
Ini merupakan tahun keempat penganjuran Anugerah Media Pembinaan CIDB oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai penghargaan  kepada pengamal media tempatan.
Penyertaan telah dibuka mulai 1 Disember 2017.
Tiga kategori dipertandingkan mengikut tiga kawasan liputan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Karya-karya kewartawanan yang diterima untuk pertandingan ialah bagi tempoh terbitan dan siaran mulai 31 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2018.
Syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan AMP CIDB boleh dimuat turun di www.mpi.my atau klik pautan di bawah:-
Borang Penyertaan AMP CIDB 2018
Syarat Penyertaan AMP CIDB 2018
Tarikh tutup penyertaan pada 30 Julai 2018.
Pertanyaan boleh diajukan kepada Sekretariat AMP CIDB 2018 di talian 03-20952013/2014 atau emelkan kepada:
bukitledangmpi@yahoo.com
nurramizah_mpi@yahoo.com.my
norlida_mpi@yahoo.com.

Wednesday, 6 December 2017

Lawatan balas dapat mantap hubungan media Malaysia-Thailand...

Penganjuran lawatan oleh Kelab Media Kedamaian Selatan Thailand ke Malaysia khasnya ke Perak perlu disusuli dengan lawatan balas sebagai usaha untuk memantapkan lagi persefahaman antara media kedua-dua negara.
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata inisiatif itu juga dapat memberi pemahaman jelas mengenai situasi semasa khususnya kehidupan umat Islam di selatan Thailand.
"Maka harus ada tindakan susulan, lawatan balas bukan hanya lawatan sekali sahaja...malah akan datang, wartawan dari Malaysia pula ke sana (selatan Thailand) dan saya sendiri akan ikut sama.
"Dengan adanya lawatan balas kita dapat saksikan dengan mata kepala sendiri kehidupan masyarakat di selatan Thailand,”katanya.
Azman berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan malam Jalinan Muhibah Kelab Media Kedamaian Selatan Thailand dan Media Utara Malaysia (Perak) serta Anugerah Media Terbaik Sempena Musim Durian Kampung Gajah 2017 di Ipoh malam ini.
Cadangan lawatan balas itu disambut baik oleh Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Suphanat Sirunthawinati yang berharap ia dapat direalisasikan secepat mungkin.
"Kita mesti terima hakikat media adalah organisasi yang menjalin hubungan antara negara selain penting dalam mempromosikan apa yang berlaku," katanya.
Pada majlis itu, Azman turut menyampaikan  Anugerah Berita Televisyen Terbaik kepada TV3 dan Anugerah Akhbar Terbaik yang dimenangi oleh Harian Metro masing-masing menerusi laporan berkaitan musim durian Kampung Gajah.
Pada 18 Nov lalu, lebih 10 pengamal media menyertai program Perkampungan Perak Agro Tourism Media Tiga Negara — Malaysia, Thailand dan Indonesia, sempena musim durian di Kampung Gajah.
Program anjuran bersama Institut Agro Usahawan dan Perak Agro Tourism (Patro) milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) itu diadakan selama tiga hari di Kompleks Desa Warisan Institut Agro Usahawan (iGrow)  di Pasir Salak.
-- BERNAMA

Team Bernama di PWTC...

Penolong Ketua Penyunting Nurul Afida Kamaludin memuat-naik di Facebook gambar-gambar Team Bernama yang  bertugas sejak Ahad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi liputan Perhimpunan Agung UMNO ke-71.
Perhimpunan Agung Umno merupakan antara liputan yang menjadi tumpuan saban tahun kerana kepentingannya bukan setakat parti itu tetapi juga kepada pentadbiran negara memandangkan Umno merupakan parti tulang belakang Barisan Nasional yang memerintah.
Perhimpunan agung kali ini bertambah penting kerana ia terakhir diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Dengan beroperasi dari tempat persidangan, liputan dapat dilakukan dengan lebih pantas sepanjang persidangan.
Ia juga membolehkan para pemimpin dan perwakilan Umno diwawancara dengan lebih mudah manakala pasukan liputan dapat merasai 'áura' perhimpunan parti keramat itu.