FotoBERNAMA |
Seramai
31 petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2014 peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM).
Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan anugerah
itu berupa sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium, kepada petugas
cemerlang berkenaan selain penerima daripada tujuh lagi jabatan dan agensi di
bawah KKMM di Auditorium, Angkasapuri hari ini..
Warga
kerja Bernama yang menerima anugerah itu ialah dua Pegawai Berita Unit
Bernama.com Bashariah Zainuddin dan Lizawati Bahanan, Pegawai Berita Biro
Langkawi Hamdan Ismail, Pegawai Berita Biro Sarawak Rudy Rukimin Rambli,
Pegawai Berita Biro Pahang Siti Salwa Sha'ari.
Penerima
lain ialah Ketua Biro Melaka Fadzli Ramli, dua Pegawai Berita Biro Pulau Pinang
Balkhis Awang@Ahamad dan Nur Adila Abdul Wahab, Pegawai Berita Biro Selangor
Nurqalbi Mohd Reda, Pegawai Berita Biro Putrajaya Norsyafawati Ab Wahab dan
Pegawai Berita Meja Rencana Sakini Mohd Said.
Ahmad
Shabery dalam ucapannya berkata cabaran dan tugas utama warga KKMM adalah
memberi kefahaman tentang isu-isu yang menjadi kekeliruan dalam kalangan
masyarakat.
Menurut
Ahmad Shabery, isu seperti 1Malaysia Development Berhad, kadar hutang negara
dan Cukai Barang dan Perkhidmatan menjadi perhatian rakyat kerana mereka
keliru.
"Perkara
ini yang perlu diambil perhatian supaya penerangan tentang situasi sebenar
(diberi secara) jelas kepada semua," katanya.
FotoBERNAMA |
Yang
lain ialah Pegawai Tadbir Mohd Nadzli Zainal Abidin, Penolong Akauntan Sharil
Nizam Mohd Sharif, Pembantu Akauntan Abas Othman, Penjaga Jentera Elektrik
Kamalfikri Makrom, Penjaga Jeneral Elektrik Mohd Suffian Juraimi, Pembantu
Tadbir Mohd Tadzman Utuh Tang, Pembantu Tadbir Nooru Ermizan Coree, Pembantu
Tadbir Nooryuhaida Yusof, Pembantu Tadbir Norazura Daud, Pembantu Tadbir Dyg
Siti Normah Abg Bolhassan, Pengawal Keselamatan Amral Ibrahim dan Pegawai
Keselamatan Mohd Nur Hadith Zaini.
Ketika
ditemu bual, Nur Adila berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh anugerah
itu dan akan menjadikan pengiktirafan berkenaan sebagai pemangkin untuk lebih
berjaya pada masa depan.
Sakini
pula berkata beliau mendedikasikan anugerah itu kepada ibunya, Rabaeyah Mohd
Said yang kini mengalami masalah kesihatan.
Turut
hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah
Zaharah Syed Ahmad, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh serta ketua-ketua
jabatan dan agensi di bawah KKMM.
--
BERNAMA