Tugasan
membuat liputan Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan memberi peluang
kepada dua penerbit Bernama Radio24 Fahmi Idris dan Kok Jun Sern melihat secara
dekat kehidupan masyarakat di sana.
“Bila
kami tiba di sana, satu cabaran yang dihadapi ialah bahasa kerana tak banyak
yang boleh berbahasa Inggeris.
“Kami
mengambil masa tiga, empat hari untuk adjust
dan faham sistem keretapi dan tempat makan,..kita tak tahu harga dan apa jenis
makanan kerana semua dalam bahasa Korea,” kata Jun Sern dalam program "Bersama Wartawan" menerusi Bernama Radio24 pagi ini.
Menurutnya,
mereka menggunakan isyarat tangan ketika memesan dan membeli makanan atau
kadang-kadang mendapat pertolongan orang yang memahami bahasa Inggeris.
“Kalau
tahu satu, dua perkataan Koreapun, kadang-kadang tak bagus sebab mereka ingat
kita tahu bahasa itu dan mereka menggunakannya,” kata Jun Sern.
“Di
Korea tak banyak makanan halal, bagi Fahmi, kita cuba cari makanan halal tapi
tak banyak . Kita kenal seorang rakyat Korea yang beritahu kita bahawa masyarakat
Islam di Korea hanya 100,000 sahaja,” kata
Jun Sern..
“Berbanding
rakyat Korea Selatan yang lain seramai 50 juta,” celah Fahmi
“Kalau
di Seoul, lebih mudah nak cari makanan halal sebab ada penempatan orang Islam
tetapi kalau di Incheon agak susah sikit , kita tumpu makanan laut aja lah,” kata Fahmi lagi.
Satu
lagi pengalaman berguna yang mereka perolehi ialah sikap masyarakat Korea
Selatan yang mengutamakan golongan kurang berupaya serta orang tua.
“Apabila
kerap menaiki keretapi, hari-hari boleh nampak… di hujung gerabak ada tempat
khas untuk orang tua, orang OKU, actually
dia bukan reserve, tapi priority seats.
“The first few days kami naik, kami duduk
di situ dan penumpang lain tengok kami semacam aja, then baru kita realise, orang Korea termasuk yang muda
mereka tak duduk.. kerana mahu memerikan kepada yang lebih memerlukan,” kata
Jun Sern.
“Walaupun
coach tu penuh, tak ada orang
mengandung, tak ada orang tua atau cacat, tempat duduk itu dibiarkan kosong,”
kata Fahmi.
Fahmi
dan Jun Sern sebenarnya mencipta sejarah kerana itulah kali pertama Bernama
Radio24 menghatar petugas membuat liputan sukan antarabangsa di luar negara
sejak ia mula beroperasi September 2007.
Bermula
19 September hingga 4 Oktober lepas, bandaraya Incheon di Korea Selatan menjadi
tuan rumah Sukan Asia ke-17.
Malaysia
yang menghantar hampir 300 peserta cuma meraih lima pingat emas, 14 pingat
perak dan 14 pingat gangsa.
Tambah
menghampakan ialah apabila pingat emas sulung Malaysia dalam acara wushu
ditarik balik kerana kesalahan menggunakan dadah terlarang.
Sepanjang
membuat liputan, Fahmi dan Jun Sern tinggal di sebuah hotel di Incheon yang
disediakan oleh pihak penaja.
Dalam
program hampir sejam itu, mereka turut berkongsi pengalaman cara yang dilakukan
dalam merancang liputan sepanjang berada di sana.
Fahmi
berkata mereka memberikan tumpuan kepada acara-acara melibatkan atlit Malaysia,
“Ada
venue lebih dekat dari hotel dan ada
juga yang dekat dari pusat media,” katanya.
Jun
Sern menambah: “Setiap malam selepas balik hotel, kita lihat jadual dan rancang
untuk keesokannya… tengok train station
yang paling dekat dengan acara sukan, kalau tidak kita pergi media centre untuk
naik shutle bus media… ada tempat acara yang jauh
seperti wushu yang mengambil masa hampir dua jam setengah. Tempat itu pun tak
ada train.”
Fahmi
yang berasal dari Kuala Lumpur menyertai Bernama Radio 24 pada 2007. Bermula
sebagai Penjadual, beliau beralih kepada
penerbit program dengan menghasilkan program Gelanggang yang memberi tumpuan
kepada sukan antarabangsa.
Jun
Sern, yang berasal dari Petaling Jaya, merupakan lulusan kejuruteraan. Beliau
bagaimanapun menyertai bidang pengiklanan selepas tamat pengajian dan menyertai
Bernama Radio24 dua tahun kemudian pada tahun 2008.
No comments:
Post a Comment