Kepentingan Media Sosial kini diambil kira
sebagai satu pelan tindakan Jabatan
Editorial dalam Laporan Pematuhan KPI-PSJP (Pelan Strategik Jangka Panjang) 2015-2019.
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri
mensasarkan kenaikan 500,000 pengunjung setiap tahun bagi laman web rasmi
Bernama (www.bernama.com) yang kini
mencecah 100 juta hits setahun.
“Bernama Facebook dan Bernama Twitter juga
diberi perhatian untuk dipertingkatkan jumlah penggunanya,” kata Timbalan Ketua
Pengarang PBDN Datuk Zakaria Wahab ketika membentangkan laporan KPI bahagiannya
kepada Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, yang menjalankan tugas dan tanggungjawab
sebagai Pengurus Besar, di Wisma
Bernama, hari ini.
Sesi unjuran KPI untuk tempoh lima tahun itu
disertai 25 pegawai kanan Bernama dari setiap bahagian termasuk Bernama TV dan Bernama
Radio24.
Bagi berita ekslusif, berdasarkan jumlah
pemberita yang ada, PBDN mensasarkan lebih 3,000 artikel setahun untuk paparan
umum.
“(Tugas
wartawan) ni macam kerja doktor .. hanya bilangan yang terhad dapat ditetapkan.
Kalau kerajaan nak kita keluarkan banyak berita, perlu beri (Bernama) peluang
ambil ramai lagi wartawan” kata Datuk Zakaria.
Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) pula
membuat unjuran penambahan kecil pengeluaran berita kerana mahu menumpukan
kepada peningkatan kualiti berita yang dihasilkan.
Timbalan Ketua Pengarang PBA Ahmad Zukiman
Zain berkata dalam persaingan semakin sengit untuk mendapatkan ruang akhbar
serta kehendak pelanggan yang meningkat, soal kualiti perlu diutamakan.
“Walaupun unjuran yang kami berikan ini
adalah kecil namun pencapaian sebenarnya nanti mungkin lebih tinggi daripada
angka yang dipaparkan,” katanya.
Editor, Meja Rencana dan Isu-Isu Khas Haji
Nasir Yusoff pula memberi perhatian ke atas KPI yang mengutamakan isu-isu semasa
(politik, ekonomi dan sosial) di peringkat negeri.
Sehubungan itu, Ketua Pengarang
mengingatkan supaya diperbanyakkan artikel
yang menyentuh perpaduan rakyat.
Editor Bernama.com Ahmad Kamil Tahir pula mensasarkan tempoh
tidak melebihi 10 minit untuk memaparkan
berita yang telah diedit. Ini selari dengan Dasar Kualiti Bernama yang menggariskan
tiga aspek penting iaitu ‘menyalurkan berita dan maklumat dengan cepat, tepat
dan lengkap dalam bentuk teks, audio visual dan foto’.
Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24, Azlan Idris memberi tumpuan untuk memantapkan pasukan pemberita radio
selain perolehan pendapatan.
Ini bagi membolehkan Bernama Radio24 mampu berdikari dan terus meraih anugerah dalam industri penyiaran.
Datuk Zulkefli mahu Bernama Radio24 memanfaatkan kemahiran petugas mereka yang versatil untuk tujuan pelbagai bentuk tugasan.
Ini bagi membolehkan Bernama Radio24 mampu berdikari dan terus meraih anugerah dalam industri penyiaran.
Datuk Zulkefli mahu Bernama Radio24 memanfaatkan kemahiran petugas mereka yang versatil untuk tujuan pelbagai bentuk tugasan.
Laporan KPI Bahagian Komunikasi Koporat yang
disampaikan Pengurusnya, Zarina Rozali menetapkan
sekurang-kurangnya satu program ‘CSR’ yang berkesan
untuk masyarakat.
KPI Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran,
yang dibentangkan oleh Pegawai Tadbir Marzukhi Salleh, mengemukakan elemen
peperiksaan ke atas calon yang ditemuduga dalam proses pengambilan wartawan
baru. Ini bagi memastikan kualiti wartawan berada pada tahap yang boleh
dibanggakan.
Bahagian MREM mensasarkan peningkatan lima peratus
hasil jualan dengan anggaran minimum 10 acara rasmi setahun.
Bahagian Pemasaran Media pula mensasarkan
kenaikan RM300,000 setahun bermula tahun 2015.
Laporan KPI Bahagian Portal yang
dibentangkan oleh Pengurus Kanan Pemasaran Foto dan Portal, Puan Maznah Khalil meletakkan
sasaran tujuh peratus setahun bagi memperolehi jumlah pelanggan dan pengiklan. Agensi-agensi
kerajaan digalakkan mengguna perkhidmatan portal Bernama bagi tujuan publisiti
yang lebih menyeluruh.
Pembentangan KPI setiap jabatan di Bernama itu merupakan kesinambungan dari tempoh 5 tahun terdahulu dari
2010 hingga 2014 seperti mana dikehendaki di peringkat kementerian.
(Laporan Syed Khedher Ismail)