Pengerusi
Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman menggesa wartawan Bernama supaya lebih bersifat
responsif terhadap isu-isu berkaitan rakyat dengan memberi penekanan ke atas
penyampaian berita dengan cepat melalui aplikasi media sosial yang sedia ada.
Dalam
ucapannya ketika merasmikan majlis Menghargai Tenaga Pengajar Dalaman Bernama,
beliau berkata: “Kita faham bahawa berita Bernama tidak boleh dikeluarkan serta
merta tetapi sekurang-kurangnya tempoh masa sesuatu berita itu dikeluarkan
seharusnya tidaklah jauh jaraknya
berbanding dengan pengamal media sosial lain”.
Kira-kira
30 pegawai-pegawai kanan Bernama termasuk Timbalan Ketua Pengarang PBDN, Datuk
Zakaria Wahab, TKP PBA, Encik Ahmad Zukiman Zain, TKP, PBE, Encik Amer Hamzah
Md Sap, TKP, PAV, Encik Mokhtar Hussein dan para editor menghadiri majlis itu Pusat
Kecemerlangan, Wisma Bernama hari ini.
“Perubahan besar dalam teknologi membuatkan kita perlu
bergerak pantas dan berada di hadapan dalam perkara yang melibatkan rakyat dan
kerajaan. Jika tidak, Bernama akan ketinggalan,” katanya.
“Rakyat
patut sentiasa diberitahu mengenai rasional dasar-dasar kerajaan. Pembaca perlu
dididik, sebagai contoh, mengenai isu kenaikan harga barangan, di mana banyak
lagi faktor yang mempengaruhi harga
tersebut, bukan semata-mata pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan,” kata
Abdul Rahman.
Justeru, katanya, selaku agensi berita tunggal
di negara ini, Bernama harus menjadi nadi dalam aliran berita yang memenuhi kehendak
rakyat.
Sehubungan
dengan itu, di majlis tersebut, Datuk Zakaria meluahkan harapan supaya
“wartawan bukan sekadar menjalankan tugas menyediakan berita malah mereka juga
harus lebih berfikiran ke hadapan dengan membuat sesuatu untuk menjadikan
berita mereka lebih padat. Wartawan perlu pandai bertanya untuk mendapatkan
cerita yang lebih baik. Keupayaan seseorang wartawan itu amat penting kerana
wartawan sampingan yang ada (di Bernama ) tidak ramai. “
Sejak
diperkenalkan pada tahun 2011, Program Bernama School of Journalism (BSJ) berjaya
menghasilkan 145 kursus dengan penglibatan
lebih 2,200 peserta dalam kalangan petugas Bernama, warga Kementerian
dan pihak swasta.
Antara
kursus yang menyentuh kemahiran wartawan meliputi ‘Interviewing skills’
‘English For Journalists’, ‘Handling Mistakes in Writing’, ’ Foreign News’ ,
‘Bahasa Melayu dalam Kewartawanan’ dan ‘Towards Excellence’, modul yang
menitikberatkan etika dan professionalisme wartawan .
Modul-modul
baru yang akan diperkenalkan merangkumi ‘ Media & Kerajaan’ ; Undang2 &
Etika Kewartawanan’, ‘Sports Journalism’ serta ‘ Kewartawanan Media Sosial’.
Dalam
pada itu, bekas wartawan Bernama juga berpeluang menyertai skim BSJ selaku
Tenaga Pengajar.
Individu
atau institusi yang berminat menyertai kursus yang dianjurkan Bernama, boleh menghubungi Sekretariat BSJ di talian
03 2050 4550.
Catatan Syed Khedher Ismail
No comments:
Post a Comment