'Program Sepatu Raya Untuk
Si Anak Yatim' itu dilaksanakan hasil sumbangan anggota Benita dan petugas Bernama yang
mencecah lebih RM3,000.
Setiausaha Benita Rohana Mustaffa berkata program tahunan itu diperkenalkan
sejak 2011.
"Benita mencari sedikit kelainan di dalam pendekatan amalnya
apabila menumpukan kepada pemberian kasut raya dan memilih rumah anak yatim di
pinggir bandar yang kurang mendapat perhatian," katanya ketika membawa
anak yatim itu membeli-belah di Kuala
Selangor.
Kedai kasut yang dipilih untuk program amal
itu memberikan kerjasama kepada Benita dengan menawarkan diskaun
istimewa.
Penyelia Rumah Anak Yatim Darul Aitam Ustaz
Mohd Manar Bajuri berkata ini adalah kali pertama penghuni di situ berpeluang
memilih kasut raya masing-masing.
Beliau berkata rumah anak yatim itu, yang
beroperasi sejak dua tahun lepas, menjaga kebajikan 66 anak yatim berusia dari
lima hingga 15 tahun.
"Saya amat berharap bantuan dapat
terus disalurkan ke Darul Aitam yang memerlukan sumbangan seperti bantuan
persekolahan, Hari Raya dan juga keperluan harian," katanya.
Seorang penghuni Darul Aitam, Mohd Aqil
Yahya, 11, berterima kasih kepada Benita kerana memberinya peluang memilih
sepasang kasut berwarna putih.
No comments:
Post a Comment