Friday, 23 March 2018

BENITA terus perkasa warga kerja wanita Bernama...


 Menyedari bahawa warga kerja wanita turut berperanan dalam setiap gerak kerja organisasi, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) berhasrat untuk terus memperkasakan golongan itu.
Pengerusinya Datin Rohana Mustaffa berkata Benita yang mempunyai 220 anggota itu aktif melakukan pelbagai aktiviti demi manfaat mereka dan organisasi bersama, sekali gus meningkatkan keupayaan dan sumbangan kepada agensi berita nasional itu.
Antara aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan ialah pertandingan ’The Biggest Loser’ dan aktiviti Fit Bernama yang dianjurkan bersama Kelab Kakitangan Bernama pada setiap Selasa, bertujuan meningkatkan tahap kecergasan anggota Benita dan lain-lain.
"Kami juga menjalankan kempen sepatu raya setiap Syawal, yang mana anak-anak yatim terpilih akan dibelikan kasut baharu," katanya selepas mesyuarat agung Benita di Wisma Bernama hari ini.
Bagi menambah pengalaman dan melihat dunia luar serta memperkukuh interaksi, Benita bercadang mengadakan lawatan ke dua lokasi di luar negara tahun ini.
"Kita masih memilih sama ada akan ke Singapura atau Indonesia, manakala satu lagi mungkin di benua Eropah. Kami berharap lawatan sebegini dapat mengeratkan silaturahim sesama pekerja ketika berada di luar pejabat juga," katanya.
Sempena mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Ahmad Zukiman Zain, Benita turut mengambil kesempatan meraikan  anggotanya yang telah dan bakal bersara.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment