Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (Bernama) memainkan peranan penting sebagai jambatan
yang mengeratkan lagi perhubungan antara negeri-negeri di Semenanjung dengan
Sarawak dan Sabah.
Pengerusi
Bernama Datuk Seri Azman Ujang berkata sejak penubuhannya lebih 50 tahun lalu,
rakyat yang dipisahkan Laut China Selatan itu mendapat berita dan maklumat
mengenai satu sama lain menerusi berita yang dihasilkan agensi berita Bernama.
"Satu
daripada peranan Bernama yang sering diberikan tumpuan ialah fungsi sebagai
jambatan berita yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung,"
katanya semasa menerima kunjungan delegasi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching
di Wisma Bernama hari ini.
Turut
hadir Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Nor Faridah Abdul
Rashid.
Delegasi
seramai 15 orang itu disertai antaranya wakil daripada The Borneo Post, RTM,
Utusan Borneo, KL Express, See Hua Daily dan Utusan Sarawak.
Pada
pertemuan itu, Azman turut berkongsi pandangan mengenai cabaran serta masa
depan industri media dalam zaman teknologi digital terutamanya untuk menarik
kembali minat masyarakat terhadap media cetak.
Delegasi
itu turut dimaklumkan mengenai perkembangan terkini Bernama yang telah
memperluaskan sayapnya dengan menubuhkan beberapa unit baharu seperti Meja
Multimedia dan terkini Meja Advertorial
Sementara
itu, Pengerusi Persatuan Jacqueline Nur Atiqah Abdullah berkata, media kini
perlu memperbanyakkan berita berunsur kemanusiaan erana masyarakat jemu dengan
berita berunsur politik.
Beliau
turut menghargai peranan yang dimainkan Bernama dan berharap agensi itu dapat
terus menyalurkan berita yang sahih dan terkini kepada masyarakat.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment