Foto Bernama |
Bekas
Pemimpin Umum agensi berita Antara, Asro Kamal Rokan dilantik sebagai Ketua
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Indonesia yang
baharu.
Watikah
lantikan itu disampaikan oleh Presiden
Iswami Datuk Zulkefli Salleh dan disaksikan Menteri Komunikasi dan
Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Asro
menggantikan Allahyarham Mohamad Saiful Hadi Chalid, penasihat kanan agensi
berita Antara yang meninggal dunia pada 26 Okt 2017.
Asro turut mengucapkan terima kasih
atas pelantikan itu dan yakin kerjasama pengamal media Malaysia dan Indonesia
akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
Asro yang juga Anggota Dewan
Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) berpengalaman luas dalam bidang
kewartawanan dan pernah menjadi pemimpin redaksi (ketua pengarang) Harian
Republika sebelum memimpin agensi berita
Antara.
Lantikan Asro dibuat di Padang
bersempena sambutan Hari Pers Indonesia (HPN) 2018 yang diadakan di wilayah
yang terkenal dengan etnik Minangkabau dan masakan padang itu.
HPN 2018 menghimpunkan lebih 6,000
para pengamal media dari seluruh
Indonesia yang dijadual dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo pada
esok.
HPN 2018 dianjurkan bersama pengamal media di Indonesia yang terdiri
daripada PWI, Dewan Pers Indonesia, Serikat Penerbit Surat Kabar (SPS),
Asosiasi Televisi Swasta Indonesia (ATVSI), Asosiasi Televisi Lokal Indonesia
(ATVLI), Persatuan Radio Siaran Swasta Nasional Indonesia (PRSSNI), dan
Persatuan Perusahaan Periklanan Indonesia (PPPI).
Peneraju media Malaysia menerusi
Iswami yang dipimpin oleh Zulkefli yang
juga Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia turut diundang ke sambutan HPN 2018 itu.
Salleh
dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut
diundang ke HPN 2018.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment