Thursday 22 March 2018

Memupuk minat membaca anak-anak warga Bernama...


Pengurus Kanan Jualan Majalah dan Pengedaran Ana Muslim Sdn Bhd Azizuddin Ahmad dan Pengarang Meja Rencana dan Isu Semasa Mohd Nasir Yusoff bergambar bersama para pemenang Eksplorasi Ilmu pada Karnival Mini Eksplorasi Ilmu Bersama Ana Muslim di Wisma Bernama hari ini.
























Wisma Bernama hari ini dimeriahkan dengan gelagat anak-anak petugas agensi berita itu yang menyertai Karnival Mini: Ekplorasi Ilmu Bersama Ana Muslim anjuran Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita Bernama (InfoLibNews).
Karnival itu diadakan bersempena cuti sekolah dan lapan tahun penubuhan InfoLibNews dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak serta mengikuti aktiviti berteraskan pendidikan.
Menurut Pengarang Meja Rencana dan Isu Semasa Bernama, Mohamad Nasir Yusoff, karnival itu diadakan dengan kerjasama Ana Muslim iaitu syarikat penerbitan buku dan majalah berunsur Islamik serta busana Muslimah kanak-kanak.
"Saya merasa bangga dengan penyertaan bukan sahaja anak-anak malah ibu bapa kerana dapat meluangkan masa dengan aktiviti bermanfaat pada cuti sekolah. Kerjasama ini akan diperluaskan lagi pada masa akan datang," katanya kepada Bernama selepas merasmikan pelancaran karnival mini itu mewakili Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.
Kira-kira 300 pengunjung hadir pada karnival mini itu antaranya anak-anak petugas Bernama dan Jabatan Perkhidmatan Awam, pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda dekat sini serta ibu bapa terdiri daripada petugas Bernama.
Nasir berkata Bernama Kids 1Malaysia Club (BK1MC) kini mempunyai hampir 200 ahli dan InfoLibNews sedang mengemaskini data anggotanya sebelum penyerahan kad keahlian yang baharu.
Turut bekerjasama menjayakan karnival itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Adabi dan KidZania.
Selain pinjaman buku dan aktiviti bersama Ana Muslim, terdapat banyak acara menarik diadakan antaranya aktiviti melukis dan mewarna, demonstrasi masakan serta promosi jualan pelbagai produk.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment