Pengurus
Besar Ketua Kumpulan Pegawai Syariah Bahagian Syariah Bank Islam Mohd Nazri
Chik berkata pihaknya sangat berbesar hati apabila dapat berbuka puasa
bersama-sama petugas agensi berita itu.
"Ini
merupakan tahun ketujuh Bank Islam menganjurkan majlis berbuka puasa bersama
petugas Bernama. Ia sebagai menghargai
petugas media yang bertugas menyalurkan berita untuk orang ramai ketika orang
lain telah pun berada di rumah bersama keluarga masing-masing untuk berbuka
puasa.”
Inisiatif
tahunan tersebut mula dilaksanakan pada 2011 sebagai memberi penghargaan kepada
warga media yang sentiasa bekerjasama membuat liputan dan penyebaran maklumat
mengenai Bank Islam, di samping mengeratkan ukhwah antara bank berkenaan dengan
pihak media.
Turut
hadir Ketua Perbendaharaan Bank Islam Adi Asri Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif
Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita
Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan
Berita Ekonomi Datin Rohana Mustaffa.
Selain
itu, Bank Islam Malaysia Berhad Holdings (BIMB Holdings) dan anak syarikatnya
memperuntukkan hampir RM800,000 untuk beberapa program kebajikan sepanjang
Ramadan ini.
Antaranya
majlis berbuka puasa secara percuma (setiap hari bekerja) buat masyarakat yang
bertugas di sekitar Menara Bank Islam; Program Tanggungjawab Korporat (CR) Amal Ihtimam Ramadan Bank Islam di Kuala
Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak, Kelantan dan Johor; Majlis Iftar dan
penyerahan juadah berbuka puasa bersama media; tajaan untuk berniaga di Bazar
Ramadan Bersama Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia dan Program Semarak Ramadan
BHB-BH 2018 di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment