Tuesday, 25 February 2014

Lawatan Menteri di JPM dan MAMPU ...














Dalam sidang media sempena lawatan itu, Datuk Joseph Entulu berkata kerajaan mampu menjimatkan hampir setengah bilion ringgit setahun melalui pengoptimum perkhidmatan gunasama dalam portal Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC).
Jangkaan penjimatan itu adalah berdasarkan pemantauan Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) yang mendapati penggunaan institut latihan awam (ILA) yang berdaftar di bawah 1MTC berjaya mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan kepada RM11.26 juta seminggu.
Katanya, 1MTC telah bertindak sebagai repositori yang mengumpulkan semua maklumat berkaitan kursus dan fasiliti yang terdapat di ILA di seluruh negara.
Sejak ditubuhkan pada Mac 2012, terdapat 346 ILA yang dilengkapi pelbagai fasiliti kursus telah mendaftar di bawah 1MTC.
1MTC adalah antara perkhidmatan gunasama teknologi maklumat dan komunikasi kerajaan yang merentasi agensi awam di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
"Agensi kerajaan yang memerlukan tempat latihan atau fasiliti akan mendapatkan penjimatan dengan menggunakan kemudahan di ILA berbanding kos yang perlu ditanggung jika latihan tersebut atau tempahan fasiliti dilaksanakan di kemudahan swasta.
"Ini sekaligus dapat mengoptimumkan perkongsian sumber dan kemudahan yang ada di semua ILA yang sebelum ini kurang dimanfaatkan," katanya.
Lawatan itu turut disertai Ketua Pengarah Mampu Datuk Wira Omar Kaseh bersama 14 pegawai kanan dan kakitangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Katanya melalui portal www.1mtc.gov.my selain agensi kerajaan, orang awam juga dapat mengetahui dengan lebih cepat dan tepat maklumat mengenai fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh ILA seterusnya membuat tempahan sekiranya mereka berminat.
Terdahulu, Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong menyampaikan taklimat ringkas mengenai operasi Bernama kepada Entulu dan rombongannya diikuti dengan sesi lawatan di bilik berita utama Jabatan Pengarang, Radio24 Bernama dan BernamaTV.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment