Timbalan Menteri Komunikasi
dan Multimedia Datuk Jailani Johari yakin berita daripada Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia (Bernama) masih menjadi sumber berita utama media arus perdana dan
media baharu.
Beliau berkata sebagai asas utama sumber berita, Bernama juga menjadi peneraju utama kepada laporan-laporan serta isu penting, selain berita rasmi kerajaan.
"Walaupun wujudnya banyak media baharu, orang ramai tetap akan merujuk kepada Bernama untuk laporan rasmi dan sebenar dan saya sendiri juga merujuk kepada laporan Bernama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa
mengadakan kunjungan ke pejabat Biro Bernama Terengganu di Jalan Sultan
Sulaiman di Kuala Terengganu.
Untuk memastikan Bernama
kekal sebagai agensi berita utama negara, beliau berkata ia perlu membuat
laporan yang lebih pantas dan tepat berhubung beberapa peristiwa penting.
Beliau memberi jaminan kementerian bersedia untuk menambah baik kemudahan dan keperluan para pemberita dan jurugambar Bernama sama ada di ibu pejabat mahu pun di biro-biro seluruh negara.
-- BERNAMA