Kesatuan
Pekerja-Pekerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) atau KPPB
mengedarkan sebanyak 600 bekas bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru pada
Ramadan ketujuh hari ini.
Yang
Dipertua KPPB Zaharin Mat Noor berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada
aktiviti tahunan kesatuan untuk menghargai petugas yang terus komited
menjalankan tugas sepanjang bulan puasa.
Sumbangan
bubur itu disampaikan oleh Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman kepada
para petugas Bernama di Wisma Bernama, bagi memuliakan amalan bersedekah di
bulan Ramadan.
Tahun
ini merupakan tahun keempat kesatuan itu mengedarkan bubur lambuk yang begitu
sinonim setiap kali tibanya bulan Ramadan.
--
BERNAMA